Posts

bajak o bajak!!

Ari ner, ayah aku gi pejabat pertanian utk bertanyakan tractor yg aku tempah tur. aku tak sempat nak ikut skali sbb ader tugas di pejabat. abah bawak pegawai tur ke tapak projek aku di Jabor untuk buat survey dan tunjukkan tempat. takut sesat plak dan bajak tanah org lain pulak. so pegawai tersebut berjanji untuk bawak tractor dan mulakan kerja membajak pada esok. dalam sehari dua siap ler tanah tur dibajak. lepas tur boleh le aku start pasang rangkian paip untuk proses menyiram anak benih nanti.... harap2 esok tak tergendala lagi

Pejabat Pertanian Kuantan

Hari ini, aku dan partner pergi ke Pejabat Pertanian Daerah Kuantan untuk bertanyakan masalah tracktor yang masih tertangguh. nasib baik sesampainya kami di sana, pegawai yang bertugas masih ada. so boleh ler kami berbincang mengenai kelewatan tersebut. Kami dimaklumkan PPDK menghadapi masalah kekurangan pemandu untuk membawa tractor tersebut ke Jabor. Tetapi setelah berbincang, beliau berjanji akan cuba mengatasi masalah tersebut segera dan akan menghubungi saya esok petang untuk membuat lawatan tapak. so we'll pun rasa lega bila pegawai tur dah janji camtur. harap2 proses membajak ini tidak akan tergendala terlalu lama. So, kepada sesiapa yang berhajat untuk menyewa tractor dengan Pertanian kena ler selalu monitor perkembangannya dan jangan cepat melatah. delay tur memang dah common ler sbb limited machine and human factor. cuaca juga akan memainkan peranan kelewatan kerana kalu hujan, memang depa tak kan dibajak tanah tur sbb takut tanah jadi bendang dan seterusnya akan merosakk

Bajak o Bajak!!

Letih aku tunggu Bajak dgn Jab Pertanian ne. Duit dah bayar tapi tracktor tak nampak batang idung lagi. setiap kali aku call, macam2 alasan yang diberikan. letih dibuatnya. dah banyak kali aku kena postpone anak benih supaya dihantar delay.... sudah banyak masa yg rugi dan makin lambat ler nak start projek aku ner... sepatutnya semalam nak datang tapi driver tur tak call pun nak sahkan lokasi tanah saya. ner ler cara berurusan dengan gomen ner. kena sayik tunggu jer...

Sewa JCB

Image
Setelah puas menelefon semua rakan taulan dan contact yg kenal baru ler dapat menyewa JCB untuk tempoh satu hari. Kami menyewa JCB tersebut untuk mengorek Kolam takungan air yang akan bertindak sebagai sumber air untuk tujuan penyiraman. Kos sewa adalah RM350.00 untuk tempoh satu hari. Aku janji ngan Mr Mok utk berjumpa di simpang jalan di Kg Jabor pada pukul 10.00am kerana pada jam 9.00am aku ader AGM Kotamas. So kena gi mesyuarat dulu lepas tur terus gi Kebun. Aku sampai kat simpang jalan, JCB dah tunggu. so aku tunjuk jalan ke tapak projek. Bila sampai jer, aku suruh dia buat Jalan sket dan terus aku tunjukkan lokasi tempat kolam tur aku plan nak buat. Ianya terletak kat bawah bukit di mana ada punca mata air. Nasib baik ler Mr Mok ner kira cekap mengawal JCB dia ... kalu idok, tenggelam dalam paya ler jawabnya. Kolam yang aku gali dalam ukuran 10kaki x 20kaki dan dalam dalam 8kaki. cukup ler untuk dijadikan stock untuk menyimpan air.... kolam ner boleh jadi punca pendapatan sampin

Penyediaan Tanah

Image
Sebelum memulakan proses penanaman anak benih, penyediaan tanah harus dilakukan terlebih dahulu. Proses penyediaan tapak projek boleh dilaksanakan seperti berikut; 1- Tanah haruslah dibersihkan terlebih dahulu. Sekiranya tapak projek dipenuhi dengan belukar, ianya hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Proses pembersihan boleh dilakukan dengan menggunakan JCB yang disewa. Kos penyewaan JCB untuk tempoh sehari adalah dalam lingkungan RM300. Jangkamasa penyewaan adalah bergantung kepada keluasan tanah, kesukaran struktur lokasi tanah sama ada landai, berbukit atau berpaya serta kepadatan belukar. 2-Semburan Racun Rumpai Selepas tanah dibersihkan, adalah disarankan tanah tersebut disembur dengan racun rumpai bagi proses pengawalan rumpai di kemudian hari. ianya diperlukan bagi mengurangkan kos pengawalan rumpai setelah projek dilaksanakan. Sekiranya tanah hanya dipenuhi dengan lalang atau belukar kecil, disarankan agar tanah dibersihkan dengan menggunakan racun rumpai sahaja dan tidak pe

Pokok Serai

Image
Sebelum kita memulakan cerita mengenai Projek Tanaman Serai ini, lebih baik sekiranya anda tahu mengenai Pokok Serai itu sendiri. Serai adalah sejenis tanaman rumput yang mempunyai aroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Penggunaan tanaman ini lebih tertumpu dalam bidang masakan tradisional di mana hanya batangnya sahaja yang digunakan. Terdapat melebihi 50 spesies serai atau nama saintifiknya Cymbopogon. Spesies Serai 1-Cymbopogon Ambiguus – Rumput berbau lemon Australia (pokok asli Australia) 2-Cymbopogon Bombycinus – Rumput Minyak Sutera (pokok asli Australia) 3-Cymbopogon Citratus – Rumput Lemon 4-Cymbopogon Citriodora – Rumput Lemon India Barat 5-Cymbopogon Flexuosus – Rumput Lemon India Timur 6-Cymbopogon Martini 7-Cymbopogon Nardus – Rumput Citronella 8-Cymbopogon Obtectus – Rumput biji sutera (pokok asli Australia) 9-Cymbopogon Procerus – (pokok asli Australia) 10-Cymbopogon Schoenanthus Botani Tanaman Pokok : Serai wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi. Ia

Projek Tanaman Serai

Image
Golden Agro Resources sedang menjalankan Projek Penanaman Pokok Serai secara kontrak ditanah berkeluasan 6 ekar di Kg Jabor Kuantan. Buat masa sekarang syarikat sudah menandatangani kontrak dengan pembeli untuk tempoh 3 tahun. Walaupun perjanjian untuk 6 ekar, tetapi sebagai permulaan, kami bercadang untuk menjalankan kerja-kerja penanaman untuk 1 ekar sahaja. langkah permulaan ini amat penting kerana kami masih baru dan belum cukup mempunyai pengalaman dalam menguruskan projek yang besar. ini gambar hiasan sahaja. Diambil daripada projek serai Rakan di Kg. Sg. Ular, Kuantan.