Sewa JCB

Setelah puas menelefon semua rakan taulan dan contact yg kenal baru ler dapat menyewa JCB untuk tempoh satu hari. Kami menyewa JCB tersebut untuk mengorek Kolam takungan air yang akan bertindak sebagai sumber air untuk tujuan penyiraman. Kos sewa adalah RM350.00 untuk tempoh satu hari.

Aku janji ngan Mr Mok utk berjumpa di simpang jalan di Kg Jabor pada pukul 10.00am kerana pada jam 9.00am aku ader AGM Kotamas. So kena gi mesyuarat dulu lepas tur terus gi Kebun. Aku sampai kat simpang jalan, JCB dah tunggu. so aku tunjuk jalan ke tapak projek.

Bila sampai jer, aku suruh dia buat Jalan sket dan terus aku tunjukkan lokasi tempat kolam tur aku plan nak buat. Ianya terletak kat bawah bukit di mana ada punca mata air. Nasib baik ler Mr Mok ner kira cekap mengawal JCB dia ... kalu idok, tenggelam dalam paya ler jawabnya.
Kolam yang aku gali dalam ukuran 10kaki x 20kaki dan dalam dalam 8kaki. cukup ler untuk dijadikan stock untuk menyimpan air.... kolam ner boleh jadi punca pendapatan sampingan bila aku letak anak ikan keli pulak. tapi sebelum aku letak anak ikan keli, aku kena repair sket kolam ne, terutamanya untuk buat parit untuk lepaskan air lebihan. air mata air yang ada dalam kolam ini agak deras airnya. kalu tapi buat parit limpah, nanti dia akan pecahkan tebing plak...
Kerja-kerja pengorekkan kolam selesai dalam kul 1.00pm.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut