Penyediaan Tanah

Sebelum memulakan proses penanaman anak benih, penyediaan tanah harus dilakukan terlebih dahulu. Proses penyediaan tapak projek boleh dilaksanakan seperti berikut;
1- Tanah haruslah dibersihkan terlebih dahulu.

Sekiranya tapak projek dipenuhi dengan belukar, ianya hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Proses pembersihan boleh dilakukan dengan menggunakan JCB yang disewa. Kos penyewaan JCB untuk tempoh sehari adalah dalam lingkungan RM300. Jangkamasa penyewaan adalah bergantung kepada keluasan tanah, kesukaran struktur lokasi tanah sama ada landai, berbukit atau berpaya serta kepadatan belukar.

2-Semburan Racun Rumpai

Selepas tanah dibersihkan, adalah disarankan tanah tersebut disembur dengan racun rumpai bagi proses pengawalan rumpai di kemudian hari. ianya diperlukan bagi mengurangkan kos pengawalan rumpai setelah projek dilaksanakan. Sekiranya tanah hanya dipenuhi dengan lalang atau belukar kecil, disarankan agar tanah dibersihkan dengan menggunakan racun rumpai sahaja dan tidak perlulah penggunaan JCB. Kadar upah meracun adalah sekitar RM150 untuk seekar. Kalau nak kurangkan kos, bolehlah dibuat sendiri.

3- Mengembur tanah.

Sekiranya tanah disembur racun, ianya hendaklah dibiarkan dalam 2-3 minggu bagi membolehkan rumpai mati dan memudahkan kerja2 membajak. Tanah hendaklah dibajak atau digemburkan bagi membolehkan pengudaraaan tanah yang baik. Ia juga bertujuan untuk membalik-balikkan struktur tanah. Rumpai yang mati juga boleh berfungsi sebagai baja yang baik kepada anak benih. Proses membajak dilakukan 2 kali iatu membajak plough dan rotor. Proses membajak secara plough adalah bertujuan untuk membalik-balikan struktur tanah dan membajak rotor pula bertujuan untuk menghaluskan struktur tanah. Mesin membajak boleh diperolehi dengan menyewa daripada Peladang atau Jabatan Pertanian negeri dengan kadar RM50 seekar untuk setiap kali. Sekiranya disewa dengan swasta kadar 2 kali ganda. Tetapi kelebihannya adalah cepat.

4- Menanda Baris
Pokok Serai ditanam dalam satu baris tanpa penggunaan batas dengan jarak 3 kaki antara pokok dan 4kaki antara baris. Oleh yang demikian, sebelum proses penanaman anak benih dijalankan, penanam menstilah menanda baris dengan menggunakan pancang2 kayu sebagai penanda. Pokok serai juga boleh ditanam sebagi tanaman selingan di antara tanaman Kelapa Sawit, Kelapa, Manga, Dragon Fruit dan sebagainya.
5- Sumber Air

Setiap pokok memerlukan air untuk membolehkan ianya hidup subur. Begitu juga dengan pokok serai. Walaupun dikategorikan sebagai pokok yg lasak ia tetapi memerlukan air terutamanya pada 7hari pertama selepas menanam. Pada waktu ini, air diperlukan bagi membolehkan akar dan pucuk anak benih yang ditanam tumbuh dengan cepat. Anak benih wajib disiram sehari sekali pada 7 hari pertama selepas ditanam. Sekiranya lokasi tanah tidak mempunyai sumber air maka kolam takungan air hendaklah dibina bagi memudahkan proses penanaman. Selain daripada berfungsi untuk menakung air, ia juga boleh digunakan untuk membela ikan keli yang boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Jaringan paip2 air dan sprinkle juga haruslah dipasang bagi memudahkan proses penyiraman.


Golden Agro - Sebelum diracun

Golden Agro - Selepas diracun

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut