Pejabat Pertanian Kuantan

Hari ini, aku dan partner pergi ke Pejabat Pertanian Daerah Kuantan untuk bertanyakan masalah tracktor yang masih tertangguh. nasib baik sesampainya kami di sana, pegawai yang bertugas masih ada. so boleh ler kami berbincang mengenai kelewatan tersebut.

Kami dimaklumkan PPDK menghadapi masalah kekurangan pemandu untuk membawa tractor tersebut ke Jabor. Tetapi setelah berbincang, beliau berjanji akan cuba mengatasi masalah tersebut segera dan akan menghubungi saya esok petang untuk membuat lawatan tapak. so we'll pun rasa lega bila pegawai tur dah janji camtur. harap2 proses membajak ini tidak akan tergendala terlalu lama.

So, kepada sesiapa yang berhajat untuk menyewa tractor dengan Pertanian kena ler selalu monitor perkembangannya dan jangan cepat melatah. delay tur memang dah common ler sbb limited machine and human factor. cuaca juga akan memainkan peranan kelewatan kerana kalu hujan, memang depa tak kan dibajak tanah tur sbb takut tanah jadi bendang dan seterusnya akan merosakkan struktur tanah.

Utk makluman, Pejabat Pertanian Daerah Kuantan terletak di Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang. Ianya terletak betul2 dihadapan Kolej Islam Pahang (Kipsas). Bersebelahan dengan Pusat Giatmara Kuantan dan Pejabat FAMA.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut