Posts

Tuaian Kolam 22 & 23

Image
Pada 2 minggu lepas, aku n family ke Penang atas urusan kerja wife aku. Kami lepak 2 hari di Hotel Pearl View Seberang Perai. Pada hari ke-3, on the way back to Kuantan, aku singgah ke MOFA di Bukit Merah untuk melihat proses tuaian Kolam aku yang ke-6. Ini bermakna sudah setahun pelaburan ikan arowana aku n partner yg masih belum menghasilkan apa2 keuntungan. Sesampai di Kolam, En Ariffin tiada kerana ada urusan lain. Yg ada hanyalah 2 orang pekerja dengan kelangkapan menuai ditepi kolam menantikan kedatangan kami. Kami kena tunggu 30min lagi untuk menanti kedatangan Pembuka Mulut Ikan yg masih tidak kelihatan. Kat sini saya share beberapa gambar utk menceritakan pengalaman aku... memang mengasyikan sekali kedatangan kami kali ini... Kolam 22 Setelah kesemua 20 ekor ikan diperiksan ternyata tezeki kami masih belum dipermudahkan di Kolam 22. Kena bersabar lagi. Kolam 23 Kat sini aku cuma jadi pemegang amanah sahaja kerana tiada share dalam kolam ini. Hanya dipertanggungja...

Stingless Bees - Lebah Kelulut

Image
Pada hujung bulan lepas, semasa menyertai KASTEL 2012 di Melaka, saya sempat melawat Taman Lebah. Amat teruja bila lihat berpuluh sarang lebah kelulut yang diternak dan dipamerkan untuk pelawat melihat serta mempelajari ilmu baru... aku sempat snap couple of pictures yang boleh dikongsikan dengan anda semua.. Entrance Stingless Bees  Lebah Kelulut Hive  Madu Lebah Kelulut  Madu Lebah Kelulut - Black Propolis  Deretan Koloni Lebah Kelulut

Tunaikan Zakat

Salam Ramadhan al-Mubarak. Bulan Ramadhan tahun ini sudah masuk minggu yang terakhir. Sudahkah anda menunaikan Zakat fitrah dan Zakat Harta? Zakat Fitrah di Pahang adalah berkadaran dengan RM7.00 per pax. Saya sudah menunaikan zakat tersebut pada minggu pertama Ramadhan bagi mengelakkan insiden terlupa. Alhamdullilah. Semalam pergi ke Pusat Zakat Pahang untuk menguruskan pengiraan Zakat wang simpanan ASB Ayah Mertua. Alhamdullilah selesai sudah urusan tersebut. Untuk makluman kadar nisab wang simpanan adalah berjumlah RM13,900.00 lebih kurang bersamaan harga emas seberat 85 gram. semasa berurusan dengan PZP, saya dimaklumkan pengiraan kadar zakat adalah berdasarkan jumlah simpanan yang ditolak dengan kadar dividen yang diperolehi pada setiap tahun. ini kerana menurut PZP, wang yang diperolehi melalui pembayaran dividen ini masih belum disahkan mengikut Syarak. Oleh yang demikian, kalau tuan2 hendak tahu secara mudah kadar zakat yang wajib dikeluarkan, sila tolakkan  jumlah simpa...

Ukuran Keluasan Tanah II

Ini merupakan entry kedua saya berhubung Tajuk Ukuran Keluasan Tanah. Sekadar Berkongsi makluman dengan pada pelayar semua. 1 ekar (kedua-dua kelainan) adalah sama dengan unit-unit kebiasaan yang berikut: - 66 kaki × 660 kaki - 4,840 ela persegi - 160 perch. Satu perch adalah sama dengan satu rod persegi (1 rod persegi = 0.00625 ekar) - 10 rantai persegi - 4 rood - Satu rantai dengan satu furlong (1 rantai = 22 ela; 1 furlong = 220 ela) - 0.0015625 batu persegi (1 batu persegi = 640 ekar 1 acre = 1 ekar = 4046.8564224 meter2 = 0.40468564224 hektar  1 square foot = 1 kaki persegi = 12 inch x 12 inch = 0.09290304 m2 1 hektar = 2.47105 ekar = 10,000m2 = 107639 kaki2                                                                     Perimeter             ...

Agen Public Mutual Diperlukan

Rasanya sudah lama x mencoretkan apa2 perkembangan dalam ruangan ini. dah naik bersawang gamaknya. Aku sebenarnya baru balik daripada Public Mutual dalam proses penghantaran borang pembelian Unit Trust pelanggan. Apakah Unit Trust? Unit Trust adalah Unit Amanah dan dalam kes aku Unit2 Amanah yang dikeluarkan oleh Public Mutual Bhd. T Know more about Public Mutual Bhd sila layari  Public Mutual Tujuan aku menulis ini adalah untuk memperlawa para pembaca yang berada di Kuantan, Pahang dan Malaysia  Amnya untuk bersama aku menjadi Agen Public Mutual. Aku sekarang merupakan Seorang Agen Public Mutual yang berdaftar secara rasmi tetapi melakukannya secara sambilan. So sekiranya anda berminat untuk berkerja sendiri bolehlah menghubungi saya di abdulz@streamyx.com/0139213433. Saya bersedia berkongsi pengalaman untuk membantu anda... Be your own boss! Be a Unit Trust Consultant. You will enjoy the top 10 benefits as a Unit Trust Consultant as follows: - Unlimited income - On...

Ternakan Lebah Madu

Minat terhadap ternakan lebah madu semakin kuat selepas menyaksikan Rancangan Agrotek di RTM 1 awal tahun ini. Rancangan Agrotek dan AgroJournal yang diterbitkan oleh RTM 1 yang bersiaran pada setiap hari Sabtu Jam 6.00pm dan Hari Ahad jam 6.00pm amat aku minati dan ditunggu-tunggu pada setiap minggu.Ini kerana rancangan ini memaparkan perkembangan industri pertanian dan penternakan di seluruh negara dan juga kadangkala diselitkan dengan kisah-kisah kejayaan para pengusaha di luar negera. Ianya dapat memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan yang banyak mengenai sesuatu bidang pertanian. Minat terhadap penternakan lebah madu ini ditambah pula dengan pendedahan suratkhabar mengenai potensi penternakan madu lebah kelulut yang dijalankan oleh seorang pengusaha di Kelantan. Aku juga ada melihat lebah kelulut ini membuat sarang ditepi tangga rumah pak mertua di Sungai Lembing. Terasa ianya seakan berpotensi untuk dikomersilkan kerana kos yang agak minimum dan tidak berapa sukar untuk mel...

Selamat Tahun Baru : 2012

Sekarang sudah masuk minggu ke-2 dalam tahun 2012. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada Pelayar sekalian. to be continued... Bersambung semula setelah tergendala disebabkan urusan keluarga. Mengimbau kembali tahun 2011, banyak cabaran yang ditempuhi dan banyak juga kejayaan dan kegagalan yang dirasainya dalam mencapai tujuan memajukan diri dalam bidang pertanian ini secara part-time. semua sudah maklum Pertanian adalah perniagaan dan semestinya perniagaan yang berjaya memerlukan tumpuan masa pengusahanya secara total 100%. Bagi aku, untuk mencapai kebebasan kewangan, pelbagai sumber pendapatan yang halal haruslah diterokai dan dikaji. Sekiranya bersesuaian dengan diri sendiri daripada segi masa dan sumber, bolehlah memberanikan diri untuk dilaksanakan. Pada tahun 2011 target untuk memiliki kolam + ikan kelisa telah diperkenankan oleh Allah SWT walaupun sehingga kini masih belum menghasilkan apa2 lagi. Insya-Allah moga permudahkan pada...