Selamat Tahun Baru : 2012

Sekarang sudah masuk minggu ke-2 dalam tahun 2012. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada Pelayar sekalian.

to be continued...

Bersambung semula setelah tergendala disebabkan urusan keluarga. Mengimbau kembali tahun 2011, banyak cabaran yang ditempuhi dan banyak juga kejayaan dan kegagalan yang dirasainya dalam mencapai tujuan memajukan diri dalam bidang pertanian ini secara part-time. semua sudah maklum Pertanian adalah perniagaan dan semestinya perniagaan yang berjaya memerlukan tumpuan masa pengusahanya secara total 100%.

Bagi aku, untuk mencapai kebebasan kewangan, pelbagai sumber pendapatan yang halal haruslah diterokai dan dikaji. Sekiranya bersesuaian dengan diri sendiri daripada segi masa dan sumber, bolehlah memberanikan diri untuk dilaksanakan. Pada tahun 2011 target untuk memiliki kolam + ikan kelisa telah diperkenankan oleh Allah SWT walaupun sehingga kini masih belum menghasilkan apa2 lagi. Insya-Allah moga permudahkan pada hari yang mendatang.

Masih ada beberapa bidang pertanian dan penternakan yang masih belum dicapai. Antaranya ialah hajat untuk menternak Kambing/Lembu, Penternakan Burung Walit dan Penanaman Cili Fertigasi. Semoga Allah mempermudahkan perlaksanaan ini di hari muka dengan membukakan seluas-luasnya ruang dan pintu reziki kepada aku. Sudah banyak aku survey/mencari orang yang bersedia menjalankan projek pawah lembu atau kambing disekitar Kuantan tapi masih belum berjumpa. Untuk projek lembu atau kambing aku berhajat melaksanakan dalam skali kecil iaitu Sistem Pawah terlebih dahulu. Bila bilangan binatang ternakan sudah mencapat tahap komesil atau sampai tuan pawah dah tak larat nak jaga barulah aku fokus kepada projek ini. Bagi aku membela lembu atau kambing adalah bergantung kepada faktor masa kerana dengan permulaan 2 ekor induk + sekor baka denggan menggunakan sistem pawah, dalam masa 3-5 tahun sudah meningkat kepada 10-15 ekor itu kalo lembu. Kalo kambing plak lagi banyak lepas bg sama rata dengan org yang menjaganya. Ini hanya perkiraan simple.

Penternakan burung walit adalah salah satu projek yang akan dipertimbangkan bila akaun dah ada dalam RM2-300K sbb kos nak buat bangunan + kelengkapan buat masa kini sangat lah mahalnya. Sedangkan buat masa kini duit dalam akaun aku ada dalam seketul dua je kosong nyer... heheheh...  Tapi rasanya bila dah berkemampuan untuk memulakan projek buurng walitnye mungkin aku akan start utk serius dengan pertanian ne.

Apa-apa pun kepada pelayar yang singgah ke blog aku ne dan ada antaranya yang sudah atau pernah menjalankan projek yang dalam perancangan aku ne mohon berkongsi maklumat. Ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dikongsikan akan sentiasa berkembang menghasilkan inovasi yang baru.
 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut