Tunaikan Zakat

Salam Ramadhan al-Mubarak.
Bulan Ramadhan tahun ini sudah masuk minggu yang terakhir. Sudahkah anda menunaikan Zakat fitrah dan Zakat Harta? Zakat Fitrah di Pahang adalah berkadaran dengan RM7.00 per pax. Saya sudah menunaikan zakat tersebut pada minggu pertama Ramadhan bagi mengelakkan insiden terlupa. Alhamdullilah.

Semalam pergi ke Pusat Zakat Pahang untuk menguruskan pengiraan Zakat wang simpanan ASB Ayah Mertua. Alhamdullilah selesai sudah urusan tersebut. Untuk makluman kadar nisab wang simpanan adalah berjumlah RM13,900.00 lebih kurang bersamaan harga emas seberat 85 gram. semasa berurusan dengan PZP, saya dimaklumkan pengiraan kadar zakat adalah berdasarkan jumlah simpanan yang ditolak dengan kadar dividen yang diperolehi pada setiap tahun. ini kerana menurut PZP, wang yang diperolehi melalui pembayaran dividen ini masih belum disahkan mengikut Syarak. Oleh yang demikian, kalau tuan2 hendak tahu secara mudah kadar zakat yang wajib dikeluarkan, sila tolakkan  jumlah simpanan dengan jumlah dividen yang diperolehi pada tahun2 terdahulu, then bila nilainya lebih daripada kadar nisab, makan wajib dikeluarkan zakat pada kadar 2.5%.

Zakat ini bukan sahaja tertakluk kepada simpanan ASB tetapi jumlah simpanan yang ada dalam semua akaun simpanan tuan2. sebagai contoh tuan ada simpanan di Bank A dengan Kadar RM5000.00, di Bank B dengan kadar RM10,000 dan ASB RM7000, ASN RM5000 etc. Maka secara mudah, kena campurkan kesemuanya dan jika lebih daripada nilai nisab maka wajib dikeluarkan zakat 2.5%. tetapi ianya tidak perlu dimasukan dengan simpanan di institusi yang sediakala patuh syariah dan sudah dikeluarkan zakat seperti simpanan Tabung Haji atau Koperasi Permodalan Felda yang mana pihak pengurusan sudah mengeluarkan zakat untuk setiap pendeposit. Ini kerana pihak bank cuma mengeluarkan zakat untuk perniagaannya sahaja. So kalau tak nak pening kepala kira zakat, perbanyakkanlah simpan duit kat TH atau KPF bagi anak2 peneroka.

Bagi para petani cam saya berikut adalah cara mudah utk Zakat Pertanian:-
Zakat Ternakan
Kadar Nisab
Lembu/kerbau       : Mencukupi 30 ekor atau lebih
Kambing/Biri-biri   : Mencukupi 40 ekor atau lebih
Unta                      : Mencukupi 5 ekor atau lebih

Zakat Tanaman (Padi)
Kadar Nisab adalah sekiranya hasil menyamai 1000kg atau 400 gantang Baghdad. Kalau kat Mesia, kira lebih daripada 1 tan la dan ianya mestilah menjadi makanan ruji bagi sesuatu tempat. Kalau kat mesia musti Padi sbb org kita makan nasi. 
* Tanaman yang menggunakan tenaga manusia atau selainnya spt binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak, maka zakatnya adalah 5% atau 1/20
* Bagi tanaman yang menggunakan aliran hujan atau aliran air secara semula jadi, maka kadar zakatnya adalah 10% atau 1/10.


Penghasilan
Terbahagi  kepada beberapa katergori:-
1) Hasil Ladang Getah
2) Hasil Ladang Sawit
3) Hasil Pertanian - selain padi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya
4) Hasil Ternakan - selain lembu, kerbau, kambing, biri-biri, unta, seperti ayam, itik, ikan dan sebagainya
Kaedah pengiraan untuk zakat adalah sama dengan pengiraan zakat pendapatan.

Utk makluman lanjut sila hubungi Pusat Zakat Pahang 09-5131515 atau www.zakatpahang.my

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum , tuan saya nak tanya kolam ikan tuan di Mofa dah mengeluarkan hasil ke belum? Bukan apa saya kurang yakin dengan syarikat ini kerana dah hampir 9 bulan saya langsung tak di hubungi untuk harverst dan pejabat di KL telah berpindah dan tak diketahui dimana...diharapkan tuan dapat berikan sedikit maklumat sekira tuan tahu...terima kasih
Abdulz said…
Masih belum berhasil. Azroul sudah tidak dengan MOFA. Saya berurusan dengan En Ariffin skg. Partner saya sudah berjumpa dengan beliau masa harvest ikan pada dua bulan lepas. saya akan lawat kolam pada hujung minggu ini... nanti saya maklumkan any updates..
Anonymous said…
Simpanan di kpf xkena zakat simpanan?rasanya kpf keluar zakat perniagaan bg pihak pendeposit..mohon pencerahan..tq

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut