Tuaian Kolam 22 & 23

Pada 2 minggu lepas, aku n family ke Penang atas urusan kerja wife aku. Kami lepak 2 hari di Hotel Pearl View Seberang Perai. Pada hari ke-3, on the way back to Kuantan, aku singgah ke MOFA di Bukit Merah untuk melihat proses tuaian Kolam aku yang ke-6. Ini bermakna sudah setahun pelaburan ikan arowana aku n partner yg masih belum menghasilkan apa2 keuntungan.

Sesampai di Kolam, En Ariffin tiada kerana ada urusan lain. Yg ada hanyalah 2 orang pekerja dengan kelangkapan menuai ditepi kolam menantikan kedatangan kami. Kami kena tunggu 30min lagi untuk menanti kedatangan Pembuka Mulut Ikan yg masih tidak kelihatan. Kat sini saya share beberapa gambar utk menceritakan pengalaman aku... memang mengasyikan sekali kedatangan kami kali ini...

Kolam 22


Setelah kesemua 20 ekor ikan diperiksan ternyata tezeki kami masih belum dipermudahkan di Kolam 22. Kena bersabar lagi.

Kolam 23
Kat sini aku cuma jadi pemegang amanah sahaja kerana tiada share dalam kolam ini. Hanya dipertanggungjawabkan oleh partner untuk melihat proses tuaianya dan berikan update secara langsung...

Proses tuaian bermula. Jaring direntang dan ditarik.
Proses Belahan Mulut Ikan dibuat oleh Pakar 
Telur ikan x matang yg dimuntahkan. Perkiraan kasar dekat 50biji. 
Close-up telur ikan Kelisa yg x matang

Kolam 23 walaupun usianya muda sedikit daripada Kolam 22, tetapi sudah mula mengeluarkan hasil tetapi ianya x boleh diselamatkan kerana telur agak muda. Para pekerja kolam juga tidak menduga Kolam 23 sudah mula mengeluarkan hasil kerana daripada pemerihatian mereka pada sebelah malam, ikan tidak menunjukkan sedang membawa telur.

Tp ternyata ikan ke-17 yang diperiksa memuntahkan telur2 yg tidak matang. Kalau dikira proses tuaian kali ini kami kerugian dekat RM25K kerana telur ikan belum menjadi anak2 ikan. So kami kena tunggu 45hari daripada sekarang untuk proses tuaian berikutnya.... Moga Allah SWT permudahkan rezeki kami di masa depan..



Comments

ShamsuddinAB said…
salam.... tuan terima kasih krn maklumat terkini tu. Saya baru je dimaklumkan ada harvest pada 17/11 nanti..moga-moga ada hasil. agak lama juga menunggu..
Abdulz said…
Share wit me hasil tuaian kolam tuan pada 17/11 nanti ya... bagus juga kalau ada yang share nanti... boleh berkongsi pengalaman...

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli