Ternakan Lebah Madu

Minat terhadap ternakan lebah madu semakin kuat selepas menyaksikan Rancangan Agrotek di RTM 1 awal tahun ini. Rancangan Agrotek dan AgroJournal yang diterbitkan oleh RTM 1 yang bersiaran pada setiap hari Sabtu Jam 6.00pm dan Hari Ahad jam 6.00pm amat aku minati dan ditunggu-tunggu pada setiap minggu.Ini kerana rancangan ini memaparkan perkembangan industri pertanian dan penternakan di seluruh negara dan juga kadangkala diselitkan dengan kisah-kisah kejayaan para pengusaha di luar negera. Ianya dapat memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan yang banyak mengenai sesuatu bidang pertanian.

Minat terhadap penternakan lebah madu ini ditambah pula dengan pendedahan suratkhabar mengenai potensi penternakan madu lebah kelulut yang dijalankan oleh seorang pengusaha di Kelantan. Aku juga ada melihat lebah kelulut ini membuat sarang ditepi tangga rumah pak mertua di Sungai Lembing. Terasa ianya seakan berpotensi untuk dikomersilkan kerana kos yang agak minimum dan tidak berapa sukar untuk melaksanakan. Walaubagaimanapun ilmu didada perlulah diisi terlebih dahulu sebelum apa2 langkah diatur.

LAngkah pertama adalah mencari seberapa banyak maklumat mengenai penternakan lebah madu di internat. tetapi hasil yang diperolehi amatlah sangat kurang. terlalu sedikit bahan material yang boleh diperolehi daripada internet dan kebanyakkannya dipelopori oleh para pengusaha dari tanah Seberang Indonesia. Ternyata industri lebah madu di sana sudah begitu maju sekali. Pencarian di internet menemukan saya dengan penulis blog En Saiful yang telah lama mengusahakan ternakan lebah madu. Untuk maklumat lanjut bolehlah melawat blog beliau di Carambolabeefarm.blogspot.com

Tanpa membuang masa, contact pertama dihulurkan dengan menghulurkan salam perkenalan. Daripada info yang diperlolehi kos permulaan untuk setup koloni lebah madu hanyalah RM1500.00 dan koloni boleh dikembangkan mengikut masa dan kemampuan anda. Menurut beliau pelajari sedalam mungkin ilmu lebah dengan 1 kaoloni ini dahulu. sebagai tambahan, beliau galakan saya untuk mengikuti kursus ternakan lebah anjuran beliau pada setiap hari Khamis dengan bayaran RM285.

So pada sesiapa rakan yang ada info berkenaan Ternakan Lebah Madu ini saya alu-alukan untuk berkongsi maklumat dengan saya. Saya amat berminat untuk berkenalan dan bertukar-tukar maklumat.

Comments

Anonymous said…
macam mana bisness arowana ada perkembangan terbaru tak? maksud saya ada untung ke....
Abdulz said…
Tuaian kali kedua pada minggu lepas masih belum berhasil lagi spt dijangkaan...
Ah Chong said…
Saya berminat dgn lebah kelulut selepas rumah saya dihinggap lebah ini 3 bulan lepas... hasilnya juga dapat di tuai oleh abg bomba secara tak sengaja... kalau tahu boleh pelihara dan tak ganaz... dah tentu saya tak bagi abg bomba tu bunuh... sayangnyer.... rase rugi bila tak ada ilmu....
din2020 said…
Salam perkenalan.Tuan,jikalau tak silap pihak Mardi ada jalan kursus ini.
Anonymous said…
As Salam mualaikum. .ade sesiapa yg blh bg contact no kkwn yg dh berjya ternak lebah...sya nk tengok tempat dia... atau hubungi sya di 0193823123 azah

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut