Black Paper Sos

Tahukah anda kenapa dalam blog ne ada tajuk black paper sos? Sebabnya aku minat dengan sos ne dan sudah banyak kedai makan yang aku pesan chicken chop/lamb chop fail kerana black paper sos yang tak power. So, dalam beberapa hari ini aku surfing internet untuk dapatkan resepi ne. Anak2 aku juga minat dengan black paper sos.

So untuk resepi original black paper sos ne aku kena bagi kredit kat Miraman Mesra.Net.

Bahan2:
2-3 sudu besar lada hitam ditumbuk/kisar halus(boleh tambah jika nak pedas)
2 ulas bawang putih(tumbuk lumat)
stok ayam -(buat sendiri atau guna kiub)
air(3-4 cawan) (jika guna air stok ayam tak perlu air)
2-3 sudu tepung jagung(gaulkan dgn air)
garam/perisa
mentega/butter utk menumis

cara2:
panaskan butter. tumis bawang putih hingga naik bau
masukkan lada hitam
masukkan stok ayam. gaul rata
masukan air
masukkan garam/perisa
masukkan air tepung jagung
gaul hingga pekat
Tapi dalam cubaan pertama ne, kira 80% berjaya sebab aku blend lada hitam tak terlalu halus. Jadinya berseredak dengan lada hitam dalam sos tur. Sos ne kira original kerana tak der campur apa2 sos tambahan. tapi dalam sos yang aku buat, aku tambah sikit mayonis. kalo tak tambah, warnanya hitam pekat sangat. so next time aku aku perfectkan resepi aku sendiri. nanti kalo dah jadi aku akan postkan resepinya sos aku sendiri.

Aku buat sos ini sebab aku minat makan lamb chop. lepas ini boleh ler beli daging kambin kat pasaraya dan bakar sendiri kat rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut