Followers

Saturday, January 1, 2011

Arowana @ Kelisa

Cuaca masih tidak menentu sekarang. Hujan turun mencurah-curah memandakan musim banjir akan bakal melanda Pantai Timur. Kelantan & Terengganu sudah mula dilanda banjir dan Pahang masih bertahan setakat ini. Esok 3hb Jan 2011, merupakan hari pertama persekolahan. Ia juga menandakan genap 3 tahun Arwah Ibu mertuaku meninggalkan kami. Hari ini ke sekolah anak untuk membayar yuran pendaftaran dan membeli buku latihan.

Seminggu bercuti, tak banyak aktiviti yang dapat dijalankan kerana hujan, hujan & more hujan. Aku terbaca iklan mengenai penternakan ikan kelisa yang dijalankan oleh Oversea Delight SB (ODSB) melalui laman sesawang www.arowana2u.com. Puas aku selidiki semua info mengenai ODSB dan konsep penternakannya yang ditawarkan. Aku ada mendaftar dalam laman ini tetapi sehingga kini masih tiada maklumbalas daripada syarikat. Mungkin busy kot nak sambut tahun baru. Aku cuma nak tahu mengenai pakej yang ditawarkan dan masih ada kolam yang masih kosong. 

Antara pakej yang aku berminat ialah Pakej Red Tail Golden Arowana (Highback Quality). Jumlah pelaburan yang diperlukan untuk satu kolam mengandungi 20 ekor ikan (12 induk & 8 baka) ialah RM180,000.00. Kalau hendak dikongsikan seramai 10 orang bermakna setiap sorang kena labur RM18,000.00. Ikan akan dijaga, diberikan makan, ubatan, dituai dan dijual oleh ODSB. Pihak ODSB akan mengambil komisyen 50% daripada hasil jualan anak2 ikan. Pada aku kira okey lah tur. 

So, aku sedang merancang dan membuat kajian serius untuk melabur dalam pakej ini. Tetapi bilangan pelabur yang aku perlukan maksimum hanya 5 orang dengan setiap orang akan melaburkan RM36,000.00. Rasanya jumlah ini tidak terlalu memberatkan untuk dikumpulkan kerana boleh gunakan sumber sendiri atau pinjaman. Kalau buat pinjaman persendirian untuk tempoh 5-10 tahun, rasanya bayaran bulanan juga tidak membebankan. Cuma info lanjut perlu diperlukan iaitu jangkaan tuaian pertama yang akan dibuat oleh ODSB selepas perjanjian dilaksanakan. 

Berdasarkan projection yang dibuat oleh ODSB, setiap induk akan menghasilkan 30 ekor anak ikan purata setahun yang akan dituai sebanyak 5 kali. Ini bermakna dalam setahun, setiap kolam akan menghasilkan 360 anak ikan. Harga seekor anak ikan kelisa jenis ini adalah dalam RM1000.00 seekor. Ini bermakna dalam setahun setiap kolam akan menghasilkan 360 ekor x RM1000.00 = RM360,000.00. Pihak ODSB akan mengenakan 50% caj daripada hasil jualan. Setiap kolam akan menjana RM180,000.00 setahun. Kalau projection ini jadi seperti dijangka, maka pada tahun pertama sahaja pelaburan sudah pulang modal. Setiap perjanjian akan dijalankan selama 5 tahun dan setiap ikan akan  dilindungi insuran sekiranya berlakunya sebarang kematian. 

So, perancangan saya ialah mencari 4 orang rakan pelabur yang berminat untuk melabur dalam projek ini. Tubuhkan satu syarikat yang akan membuat perjanjian dengan ODSB. Semua investment rakan kongsi akan dimasukkan dalam akaun syarikat yang akan ditubuhkan. Syarikat akan membantu rakan kongsi untuk mendapatkan dana sekiranya berminat tetapi ada masalah kewangan. 

SO, ADAKAH ANDA ORANG YANG SAYA MAKSUDKAN?... sekiranya ia, sila call/sms 0139213433 segera.


1 comment:

Anonymous said...

Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang atau bil-bil anda jika ya hubungi kami melalui e-mel: missveronicacruzloanfim@hotmail.com