Pokok Serai

Sebelum kita memulakan cerita mengenai Projek Tanaman Serai ini, lebih baik sekiranya anda tahu mengenai Pokok Serai itu sendiri.

Serai adalah sejenis tanaman rumput yang mempunyai aroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Penggunaan tanaman ini lebih tertumpu dalam bidang masakan tradisional di mana hanya batangnya sahaja yang digunakan. Terdapat melebihi 50 spesies serai atau nama saintifiknya Cymbopogon.

Spesies Serai
1-Cymbopogon Ambiguus – Rumput berbau lemon Australia (pokok asli Australia)
2-Cymbopogon Bombycinus – Rumput Minyak Sutera (pokok asli Australia)
3-Cymbopogon Citratus – Rumput Lemon
4-Cymbopogon Citriodora – Rumput Lemon India Barat
5-Cymbopogon Flexuosus – Rumput Lemon India Timur
6-Cymbopogon Martini
7-Cymbopogon Nardus – Rumput Citronella
8-Cymbopogon Obtectus – Rumput biji sutera (pokok asli Australia)
9-Cymbopogon Procerus – (pokok asli Australia)
10-Cymbopogon Schoenanthus

Botani Tanaman
Pokok : Serai wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi. Ia mengeluarkan rumpun daun yang lebat daripada rizom yang padat dan boleh membesar sehingga 1-1.5m tinggi.
Daun : Daun sesil yang berwarna hijau dan licin. Purata saiz ialah 60 cm panjang x 2.5 cm lebar. Hujung daun adalah runcing.
Batang : Tiada batang tulen. Sarung daun berperanan sebagai batang palsu.
Akar/rizom: Rizom padat dan merayap. Berwarna kekuningan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli