Posts

Ramadhan Datang Lagi

Selamat menyambut Ramdhan kepada semua pembaca. Moga Ramadhan yang hadir pada kali ini membawa seribu rahmat kepada semua warga Malaysia. Bulan yang penuh berkah ini agar dapat dipenuhi dengan ibadat dan kerja2 yang membawa manfaat kepada semua. Rakan kongsi projek serai aku ada menelefon dalam dua hari lepas memaklumkan beliau dapat berjumpa dan towkeh Moja Ventures semasa pulang melawat kubur orang tuanya di Kuala Terengganu. Melaluinya kami dapat menghubungi En Rahman, orang kuat Moja yang mana kami pernah berurusan jualbeli serai sebelum urusan seterusnya dibatalkan kerana kegagalan pihak pembeli membuat pembayaran. Dua2 towkey Moja ini sudah membuat business yang lain dan menurut kata mereka, projek tidak menjadi disebabkan kontrak pembekal tersebut telah diserahkan kepada sebuah syarikat di India disebabkan harga yang lebih kompetatif berbanding Malaysia. Aku kurang termakan dengan alasan yang diberikan kerana pada aku, sebelum kita buat kerja seharusnya bahagian pemasaran dip

Anak Pokok Mulberi 5

Image
Fasa kedua penyemaian anak benih telah dijalankan seminggu yang lalu. Oleh kerana bekalan batang pokok mulberi yang sesuai untuk dicambahkan semakin berkurangan, hanya 12 polibeg yang berjaya disemai. Batang2 pokok mulberi yang telah direndam dengan penggalak akar semalaman telah ditanam dalam polibeg yang berisi tanah. Selepas tempoh seminggu, batang2 anak pokok mulberi telah mula mengeluarkan tunas. Sehingga kini, kira2 31 buah polibeg yang berisi anak pokok mulberi telah berjaya ditanam. Harap jangkaan asal sehinggan 50 anak pokok akan berjaya dicapai. Anak2 pokok Fasa pertama telah mula mengeluarkan daun2 yang secondary dan mula mengeluarkan bunga. Pada masa kini, buah tidak sesuai dikutip.   

Anak Pokok Mulberi 4

Image
Anak Pokok Mulberi yg sudah berbuah Anak2 pokok mulberi yang disemai sudah mula mengeluarkan daun dan putik buah mulberi. Buat masa sekarang umur anak pokok mulberi yang ditanam adalah lebih kurang 2-3 minggu. DIharap anak-anak pokok akan dapat tumbuh dengan subur. Siraman air diberikan sekurang-kurangnya sehari sekali. Kalau rajin bolehlah siram dua kali sehari bagi memastikan tanah lembap dan pokok dapat air yang secukupnya. Penambahan bilangan anak pokok diteruskan. Polibeg yang sudah diisikan dengan tanah sudah tersedia dan menantikan anak-anak pokok baru ditanam. Pengeluaran bunga Mulberi mengesahkan bahawa pokok mulberi mudah berbuah dan perlukan pencantasan dahan yang berjadual bagi memastikan pokok terus mengeluarkan buah.

Kastor peluang baru pertanian

Sumber : Utusan 21/07/10. DIKENALI sebagai pokok jarak di negara ini, kastor merupakan salah satu tanaman yang bakal mencetuskan fenomena pertanian baru kepada petani. Jika harga pasaran dunia bagi minyak kelapa sawit berada di bawah nilai satu dolar Amerika Syarikat, minyak kastor pula berharga dua hingga tiga kali ganda berikutan permintaan terhadapnya semakin meningkat ketika kini. Hal demikian kerana produk yang dapat dihasilkan daripada tanaman ini adalah pelbagai dan tidak dapat menampung permintaan yang sedang melonjak tinggi. Pokok kastor atau nama saintifiknya Ricinus communis adalah spesies pokok berbunga dari keluarga Euphorbiaceae. Benih pokok ini dikenali sebagai biji kastor dan sebenarnya berasal daripada Mesir , India dan ia juga boleh ditemui di sekitar kawasan tropika seperti China, Brazil, serta Thailand. Biji kastor pada dasarnya amat beracun namun minyak dihasilkan kini merupakan sumber penting kepada produk seperti minyak pelincir kapal terbang. Ia

Pokok Jarak

Minat untuk mengetahui mengenai ilmu pertanian semakin mudah bila ada internet. Hanya dengan menaip kata kunci dan menekan button search, beribu maklumat dihujung jari terhidang. 1) Info mengenai tanaman Pokok Jarak diperolehi daripada laman web www.farmbond.com. 2) The castor oil plant, Ricinus communis, is a species of flowering plant in the spurge family, Euphorbiaceae Its seed is called the castor bean, and it is the source of castor oil. Although castor is indigenous to the Egypt, Ethiopia and India, today it is widespread throughout tropical regions such as China, Brazil and Thailand. 3)The castor plant has many uses, particularly the yellowish oil obtained fron the seeds. There are an astonishing number of industrial applications for castor oil and its derivatives (estimated more than 3000 applications), and new ones are continually being discovered. 4) Its application range is from cosmetics, paints, synthetic resins and varnishes, to the areas of plastics, jet engine

Anak Pokok Mulberi 3

Image
1) Hari ini merupakan masuk minggu yang kedua atau 7 hari selepas anak2 pokok mulberi aku disemai dalam polibeg. Seperti yang tertera dalam gambar yang baru disnap petang tadi, menunjukkan anak2 tunas sudah mula membesar sebagai JOHAN. 2) Buat masa ini tiada apa yang perlu dilakukan melainkan proses siraman diteruskan bagi memastikan tanah sentiasa lembab. 3) Anak pokok aku letakkan dibawah teduhan Pokok Kelat Paya supaya kepanasan matahari dapat ditapis secara semulajadi. Bagi tujuan semaian, anak2 pokok tidak perlu diletakan secara terus di bawah panas terik mentari. Kalau boleh diletakan di bawah teduhan.

Anak Pokok Mulberi 2

Image
1) Anak pokok yang aku semai pada minggu lepas sudah mula bertunas. Rasanya tak sampai seminggu semua anak pokok Mulberi yang aku semai sudah bertunas. Kalo tengok kat dalam gambar saya saya attachkan, 100% polibeg yang ada batang keratan pokok Mulberi sudah bertunas. 2) Buat masa sekarang, anak-anak pokok kena disiram selalu. Nasib baiklah cuaca sekarang membantu sangat kerana hampir setiap petang, hujan akan turun. Jadi kuranglah sikit bebanan untuk menyiram. 3) Anak-anak pokok akan dibiarkan terlebih dahulu sehinggalah tunas2 muda sudah semakin membesar dan mengeluarkan daun yang agak banyak sebelum dipindahkan ke tapak kekal. Ia juga bagi memastikan setiap pokok mempunyai akar yang banyak bagi memudahkan tumbesaran sekiranya dipindahkan ke lokasi kekal. 4) Alhamdullilah, cubaan pertama untuk menyemai Anak-Anak Pokok Mulberi sudah berjaya. jadi bolehlah cubaan kedua diteruskan. Nampak gaya aku kena beli polibeg dan tanah yang banyak untuk cubaan kedua ini. Aku menjangkakan unt