Posts

Kelulut Kristal @ Ladang Sungai Lembing

Image
Ladang Kelulut Kristal Sudah lama tidak mencoretkan sebarang post dalam blog ini. So posting kali ini saya nak tunjukan progress ladang baru saya di Sg Lembing. Kawasan ini berkeluasan 3 ekar dan luas kawasan yang baru dibersihkan hanyalah less then suku ekar. Ia dibuat berdasarkan skala ketebalan dompet saya. Buat masa sekarang sejumlah 20koloni kelulut telah ditempatkan dilokasi ini. 14 Log Kelulut Berdamar ( T.binghami, T. Aleacea, T. melanouca, T. canifron,), 4 log H.itama, 1log L.latipes dan 1 log G.Thoracica. Memandangkan lokasi ladang bersebelahan dengan hutan, maka semua koloni kelulut berdamar telah berkembang dengan baik. Kami sedang berusaha untuk mendapat spesis berdamar yang lain sepeti T. apicalis, H. fimbriata, T.colina etc. Apicalis dan Fimbriata telah dipesan dan akan dihantar dalam waktu terdekat. Kami menjangka sehingga 40 log yang akn ditempatkan dilokasi ini dengan fokus untuk menghasilkan madu kristal yang premium. Sekiranya semua koloni berkembang baik, ...

Madu Plus @ Sg Lembing

Image
Tahun 2017 dimulakan dengan pembukaan ladang kami yang baru di Sungai Lembing Kuantan Pahang. Pencarian lokasi yang bersesuaian akan diteruskan di lokasi baru di Kg Kuala Kenau, Sungai Lembing Kuantan Pahang. Kawasan ini disewa daripada pada saudara terdekat dengan syarat kami membersihakan kebun durian beliau dan menjaganya dengan sempurna sebagai bayaran menggunapakai tanah tersebut. Dimaklumkan bahawa tanah ini berkeluasan 3 ekar dan bersebelahan dengan kawasan Hutan Simpan. Sebelum operasi pembersihan Selepas Operasi Pembersihan Agak mencabar juga bagi menyiapkan kawasan ini pada mulanya. Mau taknya, pokok resam sudah dekat 6-8kaki tinggi. Letih membersihkan kawasan ini sebelum proses memasang tiang platform dimulakan. Hampir sebulan cuti sekolah 2016, aku dan partner mengusahakan kawasan ini secara sambilan. Mujurlah semangat kami kental. Bukan sahaja pokok resam yang tinggi menggalah, anak pokok pun sudah besar-besar betis bayi/budak. Prose pembersihan kami lakuk...

Kursus Produk Hiliran Lebah Kelulut anjuran Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia pada 15hb November 2015

Image
Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia buat julung-julung kalinya akan mengadakan Kurus Pembuatan Produk Hiliran Lebah Kelulut. Kami memerlukan 30 orang peserta bagi menjalankan aktiviti ini. Kami juga akan membawakan Pegawai Tekun Nasional Pahang untuk memberikan taklimat produk dan sesi soal jawab. Sehingga kini, kami memerlukan 10 orang perserta lagi bagi melengkapkan kuota peserta. Kepada mereka yang berminat, bolehlah menghubungi Setiausaha PUKM, En Junaidi Mukhtar di talian 012-9834328. SEGERA. Lokasi kursus di Pusat Latihan Pertanian Inderapura Kuantan.

MaduPlus Mart

Image
www.maduplus.com Akhirnya usaha untuk memiliki galeri jualan Madu Kelulut telah terlaksana dengan beroperasinya MaduPlus Mart di Taman Agroteknologi Mardi Cherating yang bakal dilancarkan secara rasminya pada 25 November 2015. MaduPlus akan beroperasi di Lot 9, Signboard Kedai Kami Inilah setup kiosk kami. kecil dan comel dengan kadar sewa yang berpatutan. Kepada para pelanggan setia kami, bolehlah mendapatkan bekalan madu anda secara terus di sini. Sekiranya ingin belajar asas penternakan kelulut, boleh juga kami ajarkan secara ringkas di sini. Ini kerana di bahagian belakang gerai ini, kami menempatkan sekitar 40 koloni H.itama.  Produk yang ditawarkan. Madu dan peralatan penternakan Kepada mereka yang baru ingin memulakan penternakan lebah kelulut, bolehlah mendapatkan bekalan peralatan penternakan di sini. Kami menawarkan penjualan log kelulut dengan harga yang berpatutan, mesin pum tuaian madu, topi lebah, kotak topping dan khidmat nasihat. Rak Prod...

Pum Madu

Image
Pam adalah satu alat yg penting dalam penternakan lebah kelulut terutamanya semasa menuai madu dalam kotak topping. Sejujurnya tiada pam standard yang disyorkan oleh mana-mana jabatan. kebanyakan penternak menggunakan pam yng dibuat innovasi sendiri sahaja. Ada yg menggunakan Pam Susu, pam vakum peti ais, pam kahak baby dan sebagainya. Pemilihan jenis pam bergantung kepada skala penternakan. Sekiranya bilangan log sekitar 10-20, pam susu yg diubahsuai sudah mencukupi..  skala komersial dinasihatkan menggunakan pam yg berkuasa besar kerana jangkamasa penggunaan yg lama diperlukan. Kepada mereka yg berminat mendapatkan pam susu, bolehlah menghubungi saya 0139213433 atau Hj Izaharuddin 013-9205789 atau lawati Madu Plus Mart di www.Maduplus.com Harga : RM350.00 inclusive 1x 12v Suction Pump 1x 2liter Liquid Container 1x Basket 1x Bateri Charger 1x 12v Bateri Cable, suis n paiping CoD : Kuantan Pahang exclusive : Delivery Cost

Sumber Nektar dan Pollen

Image
Ilmu penternakan lebah kelulut tidak lengkap sekiranya tidak mendalami beescaping dan Pengenalan Spesis Lebah Kelulut. Sekiranya anda ingin membela kelulut spesis berdamar, anda perlu memastikan kawasan persekitaran penternakan kita mempunyai spesis pokok Diptorcarps yg dinyatakan dalam senarai di bawah. Kalau kawasan tuan/puan xde sebatang pun pokok2 jenis ini, jangan sesekali membeli log kelulut spesis ini. Kesian ke kelulut saje. Manakala sumber nektar dan pollen bolehlah tuan/puan perbanyakkan menanam pokok2 jenis M1 dan D1 ini.

Perangkap Kelulut oh perangkap

Image
Perangkap Kelulut yang telah mengena Up close n personal - Rezeki Allah SWT. Perangkap yang masih belum mengena. Perangap xpernah lupakan mangsanya. Perangkap yang telah dipasang sejak sekian lama, akhirnya membuahkan hasilnya. Ternyata memang benar ungkapan yang menyatakan Perangkap tidak pernah melupakan mangsanya. Tetapi bukan spesis yang dijadikan tumpuan. Perangkap ini baru sahaja dihuni selama 3 hari kerana semasa kunjungan hari sabtu yang lalu hanya kumpulan scout sahaja yg banyak berterbangan di kawasan sekitar. Pada hari ini, sudah ada struktur corong masuk Terminata sp kelihatan di lubang masuk. Terminata pun ok juga. Boleh dijadikan koleksi untuk dijadikan pembelajaran kepada pengunjung yg hadir. Kami ada mempunyai beberapa spesis kelulut daripada 33 spesis yg dinyatakan oleh pihak Mardi. Perangkap ini akan dibiarkan sekitar 1-2 bulan bagi memastikan calon Ratu aka princes mengikut kata Prof. Idrus menjalani ritual inflight sex/khawin dengan drone@pejanta...