MaduPlus Mart


Akhirnya usaha untuk memiliki galeri jualan Madu Kelulut telah terlaksana dengan beroperasinya MaduPlus Mart di Taman Agroteknologi Mardi Cherating yang bakal dilancarkan secara rasminya pada 25 November 2015. MaduPlus akan beroperasi di Lot 9,

Signboard Kedai Kami

Inilah setup kiosk kami. kecil dan comel dengan kadar sewa yang berpatutan. Kepada para pelanggan setia kami, bolehlah mendapatkan bekalan madu anda secara terus di sini. Sekiranya ingin belajar asas penternakan kelulut, boleh juga kami ajarkan secara ringkas di sini. Ini kerana di bahagian belakang gerai ini, kami menempatkan sekitar 40 koloni H.itama. 

Produk yang ditawarkan. Madu dan peralatan penternakan

Kepada mereka yang baru ingin memulakan penternakan lebah kelulut, bolehlah mendapatkan bekalan peralatan penternakan di sini. Kami menawarkan penjualan log kelulut dengan harga yang berpatutan, mesin pum tuaian madu, topi lebah, kotak topping dan khidmat nasihat.

Rak Produk yang masih kosong

Pembukaan kedai ini mungkin dibuat pada masa yang kurang sesuai kerana pada bulan november adalah di mana musim tengkujuh bermula. Aktiviti tuaian madu terpaksa dikurangkan atau ditangguhkan bagi memastikan koloni mempunyai stok makanan yang mencukupi. Oleh yang demikian, bekalan madu amat terbatas. Walaubagaimanapun, kami akan cuba memastikan bekalan madu di kiosk kami sentiasa cukup dengan menggunapakai rangkaian penternak Madu Plus dan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia yang luas. 

Kerja Pemasangan rak.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut