Posts

Lawatan Rakan Kongsi

Pada hari Jumaat yang lepas aku dan Nizam pergi ke tapak projek cili fertigasi yang dilaksanakan oleh Kooperasi Agro Jaya Pahang di Kampung Pandan Kuantan. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran penuh projek cili fertigasi yang akan kami laksanakan sekiranya mendapat persetujuan dan sumber kewangan yang mencukupi. Ia juga bertujuan untuk membantu kami membuat anggaran bilangan pokok yang patut kami tanam sebagai permulaan bagi proses pembelajaran. Kami menganggarkan antara 500 hingga 1000 pokok akan ditanam sebagai permulaan. kajian kami juga mendapati bahawa dengan teknik dan tektik yang betul, projek ini boleh dilaksanakan dengan mudah dan cepat. Jangkaan pada bulan ke-3, pokok cili yang ditanam sudah mula matang dan boleh dituai walaupun dengan kadar tuaian yang sedikit kerana pokok belum matang.  Pokok dijangka matang pada bulan ke-4 dan seterusnya sehinggalah pokok sudah tidak lagi produktif. Menurut penyelia tapak, pokok cili padi ini boleh bertahan sehingga 12-...

Cili Fertigasi - Kooperasi Agro Jaya

Image
Ari Ahad sempat gaks aku cilok lawat ke kebun Koperasi. Adik aku turun daripada KL untuk amik stock cili untuk dijadikan sampel kepada contact di Pasar Borong. Aku amik 5 kilo dengan harga ladang RM10.00 sekilo.   Pokok Berumur 2 Bulan  Pokok Berumur 3 Bulan - sudah boleh dituai  Anak benih  Anak Pokok berumur sebulan Hasil Cili

Fertegasi

Ari ini aku melawat tapak projek cili fertegasi yang dilaksanakan oleh kawan daripada Koperasi Agro Jaya Pahang Berhad di Kampung Pandan. Sampai di sana aku disambut oleh En Latif yg merupakan penyelia di Tapak Projek . Tapak projek berkeluasan 12 ekar tetapi hanya kira2 4 ekar telah digunakan untuk penanaman cili fertegasi. Terdapat sekitar 7 ribu pokok cili telah ditanam melalui dua fasa. Fasa pertama, pokok sudah sedia di tuai pada awal bulan oktober. fasa kedua melibatkan 1300 pokok akan dituai dalam masa 2 bulan. Dijangkan kira2 18tan cili padi akan dituai sehingga abis musim. aku dalam proses pembelajaran bagi memulakan projek aku sendiri. Masa hanya tuhan sahaja tahu bila aku sudah berani nak memulakanya. Aku ada snap beberapa gambo dan akan aku upload dalam blog ini sedikit masa lagi... ari ne x berape berkesempatan sebab perut agak kekenyangan kerana menghadiri Jamuan Raya. Gambo yang aku snap adalah spt gambar anak pokok semaian, pokok matang, sistem paip, etc.

Buku : Kolonel Jihad - Antara Mitos dan realiti

Sudah lama nak mencoretkan mengenai buku ini tetapi tidak mempunyai kesempatan. Sepanjang bulan Ramadhan ini terlalu banyak kerja2 pejabat yang perlu diberikan perhatian. Hari ini merupakan hari ketiga akhir di bulan Ramadhan. Ini bermakna tinggal esok sahaja aku berkerja kerana pada hari Khamis akan bercuti sehingga 20hb Sept. bercuti panjang gamaknya. So, selamat menyambut hari lebaran yang bakal menjelma. Mohon ampun dan maaf sekiranya coretan di blog ini bisa melukakan sesiapa sahaja. Kolonel Jihad tulisan Abdul Manaf Bin Kasmuri dan diterbitkan oleh Nur Ilham Publication. Beliau merupakan seorang Pegawai Atasan ATM berpangkat Leftenen Kolonel yang telah bertugas sebagai anggota pengaman PBB di Bosnia. Pengalaman beberapa tahun di Bosnia menyebabkan beliau bersara awal dan terlibat dengan kerja-kerja sukarela di kawasan konfik. Keseriusan beliau dengan kerja-kerja sukarela telah membawa beliau sekali lagi ke negara ISLAM bergolak Bosnia sekali lagi. Kehadiran kali kedua beliau...

Merdeka! Malaysia

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 tahun. Sudah separuh abad umur Malaysia dan sepatutnya sudah semakin matang. Tetapi hakikatnya kita masih tercari-cari formula untuk memastikan hubungan antara kaum tetap stabil seperti sebelum ini. Malam 31hb aku dan family dalalam perjalanan balik daripada KL ke Kuantan. Singgah sebentar pekena Satey Kajang Hj Kasmuri di Gombak sebelum meneruskan perjalan pulang. Aku sebenarnya tidak perasan malam tersebut adalah malam 31hb sehinggalah aku berhenti sebentar di R&R Temerloh kerana rasa mengantuk yang semakin menggila. Bila sampai di R&R, aku terdengar bunyi mercun yang dilepaskan oleh kakitangan R&R dan baru ler aku teringat tentang malam istemewa ini. Kepada rakan2 sekalian, selamat menyambut hari kemerdekaan diucapkan. Dan yang teramat penting sekali, Ramadhan sudah menghampir 2/3 bulan. Kita sudah masuk 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan. Semoga diberikan kelapangan oleh Allah supaya dapat memperbanyakan ibadah di hari-...

Buah Mulberi

Image
During weekend, semasa menunggu waktu berbuka, aku ronda2 di belakang rumah dan snap gambar buah Mulberi yang sedang hampir masak. Buah Mulberi muda berwarna hijau dan akan bertukar kepada warna pink apabila makin membesar. Warna pink akan bertukar kepada warna merah dan  rasa buah pada waktu ini adalah sangat masam. Akhirnya buah Mulberi akan bertukar kepada warna purple pekat apabila sudah masak 100%. Pada waktu ini rasa buah adalah sangat manis sekali. Pada waktu ini, buah sudah boleh dipetik dan dimakan secara segar. Kalo nak buat jem Mulberi, buah yang masak 100% hendaklah dicampurkan sedikit dengan buat yang hampir masak (60-80%). Kadar pecahan aku tak tahu sebab buah mulberi aku belum cukup banyak nak buat esperimen. la ne cukup untuk aku makan anak beranak. Buah yang masam diperlukan bagi menggantikan air limau sebagai agen pengawet kalo x silap aku la.

Pajero Burukku 2

Dah dekat sebulan pajeroku meragam. Bila pulas kunci, x bunyi apa2. Selama itulah aktiviti pertanian aku tergendala kerana tak boleh nak ke kebun. Buah durian kat kebun akhirnya diserahkan kepada sepupu di Beserah untuk mengutipnya. Selepas tertangguh untuk memanggil mekanik untuk tengok2kan pajeroku disebabkan perancangan keluarga yang seringkali menghalang, last weekend mekanik telah datang dan tengokkan pajero kesayanganku itu. Bila aku terangkan simptom penyakit, stright away mekanik tur dah boleh detect puncanya. Disebabkan tiada jumper wire dan kereta yang bersesuaian, maka mekanik tur terpaksa cabut bateri dan membawanya ke bengkelnya untuk di charge semula. Dia menjangkakan bateri aku dah kong. Setelah proses charging secara maksimum iaitu selama 2 hari, bateri dipasang semula ke pajeroku. Setelah dibuat ujian, pajeroku telah berjaya dihidupkan selepas almost sebulan terperap kat bawah pokok di depan rumah. Caj yang dikenakan hanya RM25 sahaja. Murah. So pada sesiapa ya...