MARDI CHERATING, SIRI BAGING

Update 1:-
Alhamdullilah, selesai sudah urusan penambahan 21 log kelulut di site Mardi Cherating yg dimulai pada minggu lepas. Kesemua log sudah siap dipasang topping. Pengawasan terhadap log yang sudah siap dipasang topping pada minggu lepas mendapati sudah ada kantung madu yang dibuat dalam kotak topping. Satu perkembangan yang sangat baik. Ternyata sumber nektar, pollen dan sap yang banyak di kawasan sekitar walaupun buat masa kini, pokok2 belimbing telah dibuat pruning yg hampir menyeluruh.

Tiang platform  masih berbaki 20 batang sudah siap dipasang. Hanya menanti 20 log yang masih dalam perkiraan untuk ditempah. Moga diberikan kelapangan masa untuk menguruskannya sebelum site di Inderapura dimulakan dengan kerja2 pembersihan nanti..

Update 2:-
Kerja2 penambahan log diteruskan lagi dengan penerimaan 20 log baru daripada pembekal Bera, Seorang teman yang mana saya telah berurusan sejak 3 tahun yang lalu. Log sampai semasa perlawan bolasepak antara Pahang menentang Kelantan yang berkesudahan Pahang menang 3-1 di Kota Bahru. Sehingga kini sejumlah 54 koloni telah ditempat di Ladang Mardi Cherating yang mana haif kumpulan pertama sudah mula memenuhkan kotak2 topping dengan kantung2 madu. 

Pemeriksaan berkala mendapati, hampir ke semua log batch pertama sudah mengumpulkan madu di dalam kota topping. Kami memerlukan sekitar 3 bulan untuk menguatkan haif sebelum proses tuaian madu dimulakan. Pembinaan kiosk dan banguanan informasi Mardi Cherating juga semakin rancak dan hampir selesai. kunjungan kami pada 7 jun 2015 yang lalu mendapati ke semua bangunan sudah siap dan jalan masuk juga telah siap diturap. Dimaklumkan bahawa kontraktor telah pun membuat penyerahan bangunan kepada pihak pengurusan Mardi.

So selepas ini kami bolehlah merisik2 pihak mardi supaya diberikan kepada kami gerai di situ bagi membolehkan kami menjual Madu secara terus kepada pengguna. Perbincangan awal telah kami buat dengan pengurusan stesen untuk tujuan ini dan respon yang baik telah diterima. 







Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut