Splitting T. Binghami

Pada hujung minggu yang lalu, kami bercadang untuk memecahkan koloni kelulut dari spesis T. Binghami yang telah cuba dipecahkan pada awal januari yang lalu tetapi tidak berjaya. Lapisan atas kotak telah dipenuhi oleh kantung madu dan juga telur. Tetapi pada lapisan bawah, ternyata tiada telur. Ini menandakan kedudukan sarang telur berada dalam lapisan kedua dan atas. Kotak ini merupakan kotak yang pertama aku tempah di kedai tetapi saiznya tidak menepati size yang aku kehendaki. So tawkey tu bagi pree aje kat aku. So hasil splitting amatlah tidak cantik kerana aku gunakan dua kotak yang berlainan size. 
Kotak Koloni Yg Hendak dipecahkan

Lapisan Atas yg sudah penuh

Lapisan atas yg juga telah dipenuhi telur


Dua koloni yang telah dipecahkan - Kotak xsama saiz. hehehe
Kedudukan queen tidak dapat dipastikan sama ada berada dalam kotak di atas atau di bawah. So bagi membahagi-bahagikan kelulut dengan sama rata, kedua-dua kotak akan ditukar2 kedudukan dalam selang sejam. Pada minggu hadapan aku akan cuba buat pemeriksaan sama ada pemecahan koloni ini menjadi atau pun tidak.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut