Cubaan Pemindahan Koloni

Terdapat satu sarang koloni kelulut yang bersarang dalam batang pokok chempedak di dalam kebun. Terasa sayang untuk memotong pokok tersebut bagi mendapatkan sarang kelulut ini kerana pada setiap tahun pokok ini sentiasa berbuah dan buahnya amat manis. Maka kami cuba memperaktikkan keadeah yang diajarkan secara lisan semasa Kursus Kelulut dahulu. Ianya tidak terdapat dalam nota kuliyah tetapi kena bertanya dengan penceramah.

Caranya amat mudah seperti berikut:-
1) Buatkan satu kotak yang sederhana saiz. Kalo boleh setakat 8 in x8 in x8 in sahaja. Kotak yang kami gunakan merupakan kotak recycle daripada kota madu sebelum ini.
2) Tebuk dua lubang dihadapan dah dibelakang kotak. Lubang dihadapan dijadikan laluan masuk baru dan dilubang dibelakang dijadikan saluran masuk ke dalam sarang asal.
3) Alihkan pintu masuk asal kelulut ke lubang baru di hadapan.
4) Lubang belakang disambung antara kotak dengan lubang masuk sarang asal menggunakan paip getah yang telah disalut dengan tape hitam.
5) Letakkan kotak betul2 dihadapan sarang lama dengan lubang belakang disambungkan menggunakan paip getah kepada pintu masuk lama.
6) Buat platform untuk memastikan kotak berada dihadapan sarang lama spt dlm pic. kalo dekat dengan tanah, buleh gunakan tong untuk dijadikan platform.
7) Biarkan kotak dan monitor kotak secara berkala. Menurut sifu, keadah ini akan mengambil masa yang agak lama untuk memindahkan koloni kelulut daripada sarang lama ke dalam kotak. Min 1 tahun.

Kelulut akan memindahkan sarang/telur ke kotak baru apabila ruangan dalam sarang lama sudah tidak mencukupi ataupun telah berlakunya splitting colonies secara semulajadi. Bila sudah terdapat telur dan queen dalam kotak kelulut, barulah boleh dipindahkan koloni ini ke tempat lain.

Selepas seminggu, kelulut telah membina jalan masuk yang baru. Ini menunjukkan cubaan kami yang pertama telah gagal. Masih ada 9999 cara lagi sebelum kami berjaya memindahkan koloni kelulut secara semula jadi. Kami merasakan kotak yang dibina terlalu besar dan perlu dikecilkan sedikit supaya mempercepatkan proses perjalanan kelulut masuk ke dalam sarang


Macam marah je kelulut ne sampai buat dua jalan masuk yang baru... hehehhe.. kami budak baru belajar.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut