Update Kelulut @ 2 Nov

Kotak Madu : Lubang ditutup

Pemeriksaan berkala di semua kotak madu yang dipasang mendapati terdapat lubang2 kotak madu yang tertutup atau ditutup oleh kelulut. ianya tidak boleh dibiarkan kerana kelulut tidak akan membuat sarang2 madu dan pollen dalam kotak madu ini.

Kotak Madu : Up close & Personnal


Kotak madu : proses membuang lilin yang menutupi lubang madu
 Lilin yang menutupi lubang madu hendaklah dibuang dan kena pastikan kotak madu bersih daripada sebarang kotoran dan seranggan. Antara punca utama kenapa kelulut menutup lubang madu adalah kerana serangan semut atau serangga lain dalam kotak madu. Kehadiran cahaya yang terang daripada celahan penutup kotak madu yang tidak ditutup kemas juga menjadi punca kenapa kelulut menutup lubang madu.
Inilah yang kami belajar dalam pengurusan kelulut ini. Ilmu yang sangat mahal kerana melibatkan koloni yang banyak. Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan salotape amat membantu. Penutup kotak akan ditampal dengan salotape di keseluruhannya bagi memastikan cahaya tidak masuk dan dibiarkan selama 1-2 minggu sebelum diperiksa semula.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut