Expansion project II : Tambahan 10 Koloni Kelulut & 5 Haif Lebah Madu Melliferra

Projek Lebah Kelulut kami telah maju dua tapak ke hadapan. Tapak pertama ialah dengan penambahan 10 koloni kelulut baru yang ditempah daripada Kelantan. manakala tapak yang kedua ialah dengan penerimaan 5 haif lebah madu melliferra yang ditempah khas daripada Perlis.
Haif Lebah Madu dan Kelulut
Buat sementara ini untuk projek lebah madu kami bermula dengan 5 haif sahaja untuk ujian. Masalah pertama yang timbul adalah tabuan yang sering kali menyerang lebah untuk dimakan. Terpaksa la kami bermain badminton pada setiap hari dengan tabuan ini dan secara purata antara 2o ekor tabuan dibunuh. Kami dalam proses mengesan sarang tabuan ini untuk dimusnahkan.

Platform sementara + penambahan air gula utk meningkatkan koloni
Koloni lebah madu masih dalam proses meningkatkan kekuatan koloni dengan diberikan makanan tambahan berupa air gula dan pollen yang diberikan mengikut sukatan yang disyorkan oleh tenaga pengajar kami di Pusat Apiari Nasional Parit Botak. Setiap Haif yang dibeli mengandungi 5 frame dan sasaran kami untuk meningkatkan kepada 10 frame dalam masa 3 bulan sebelum dipisahkan koloni tersebut.
Platform yang telah lengkap dengan penghadang cahaya
Walaupun haif diletakkan di dalam kebun buah-buahan yang agak teduh, dinasihatkan agar membina teduhan tambahan untuk mengelakkan pancaran cahaya matahari dan juga sebagai penahan curahan hujan secara terus.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut