Pemindahan Koloni Trigona

Koloni Kelulut Liar
Pada minggu lepas aku n partner telah berpeluang untuk menjalankan aktiviti pemindahan koloni liar yang bersarang dalam tong air yang. So since aku sendiri tiada pengalaman untuk memindahkannya dan juga tiada guru yang hendak mengajarkan bagaimana proses yang terbaik, maka aku gunakan proses DIY yang dirasakan boleh dilaksanakan.


Kotak yang dipindahkan koloni kelulut

Tong air dibuat pemotongan di bahagian atas dengan menggunakan gergaji. Memula gunakan gergaji besi untuk buat potongan yang cermat tetapi apabila masa yang digunakan terlampau banyak. Maka aku bulldose jer gunakan gergaji kayu. Asalkan boleh buka tong ini.
Rupa Sarang Kelulut jenis Thorasica
Sarang kelulut jenis ini sangat keras kerana menggunakan sejenis getah kayu untuk membuat sarang dan jalan masuh yang lama ke lamaan ianya menjadi keras seperti batu. Padan ler gergaji besi aku patah seribu.

Sarang untuk menempatkan telur kelulut
Langkah pertama adalah memindahkan sarang yang mengandungi telur lebah kelulut secara keseluruhannya ke dalam kotak. Kemudian kantung pollen dan lebah dipindahkan juga dengan meletakkannya secara berasingan di penjuru yang berlainan. Ini akan memudahkan pengutipan madu dan pollen di masa depan kerana ianya telah diasingkan diperingkat awal.

Final Product : Jgn lupa lekatkan balik entrance asal kelulut
Last sekali, jangan lupa untuk meletakkan semula pintu masuk asal kelulut ini dilubang kotak yang dibuat. awal, entrance trigona thorasaica ini keras spt batu dan kena menggunakan idea kreatif sendiri untuk melekatkan semula dilubang kotak. saya menggunakan paku. janji ia melekat kat lubang itu. bila dah lekat barulah semua kelulut dapat mencari jalan pulang.






Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut