Projek Arowana

Aku dalam proses penilaian untuk memulakan Projek Arowana. Sistem pawah yang disediakan oleh pengusaha kolam ikan arowana di Bukit Merah. Pencarian pertama dimulakan dengan melayari internet bagi mendapatkan maklumat seberapa banyak yang boleh. Hasil pencarian telah menemukan aku dengan laman2 ini.
1-   www.arowanamofa.com
2-   www.incredibleforce.com.my
3-   www.arowana2u.com
4-   www.arowana-aqua.com
5-   www.blcarowana.com.my
6-   www.arowana.com.my
7-   www.arowanaworld.com

Antara jenis arowana yang ditawarkan adalah highback, super highback dan malaysia gold 24K. Arowana Malaysia Goled 24K adalah jenis yang paling mahal. Harga induk matang antara RM13-15K seekor. Manakala Highback antara RM6-7K dan Super Highback antara RM7-9K bergantung kepada syarikat yang anda berurusan.

Pada 23hb Julai, aku berpeluang untuk berjumpa dan berbincang dengan towkey MOFA yang dalam perjalanan ke Terengganu. Kami berbincang berhubung cadangan aku untuk menyewa satu kolam dan jenis ikan yang bersesuaian dengan budget yang aku ada. Budget aku x banyak. Untuk Arowana Highback aku memerlukan RM120K untuk satu kolam manakala Super Highback RM140K dan Malaysian Gold RM260K. Dalam projek ini aku kena JV dengan partner yang lain untuk kompulkan modal. Aku juga bertanya jangkaan pulangan yang akan diperolehi dalam tahun pertama projek ini. Katanya kadar pulangan tahun pertama dijangkan 30% daripada modal yang dikeluarkan. Menurut beliau, jangkaan 30% adalah estimation yang rendah dibuatnya kerana adakalanya kadar pulangan melebihi.

Sebelum membuat sebarang komitmen, aku and partner kena pergi ke site untuk tengok kolam ikan MOFA untuk membuat penilaian seterusnya. Ya la sebelum buat pelaburan beratus ribu, kena ler tengok syarikat yang nak menguruskannya. kot2 la ada dalam website ajer... tapi rupe kolam pun x der. Bila lawatan ke site telah dibuat aku akan upload gambar lawatan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut