Membaja
Hari ini cuaca amat mengizinkan untuk aku menjenguk ke kebun durian orang tua. Kali ini ayah mertuaku join sekali untuk membantu proses membaja. Semalam aku pergi ke Kedai Putik Alam untuk membeli baja NPK. Harga sebeg 50Kg adalah RM95.00. Aku beli 3 beg untuk cover kira-kira 50 pokok durian dan rambutan yang terdapat di Kebun. Dengan purata 3kg untuk sepokok berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Peladang mengenai jenis baja dan cara pembajaan yang betul.
Berdasarkan maklumat pertanian yang diperolehi daripada Peladang dan Jab Pertanian, Pokok Durian perlukan pembajaan 4 kali setahun dengan purata 3kg/pokok untuk setiap pusingan. Bagi pusingan pertama iaitu sebelum pokok mula berbunga, baja NPK 15:15:15 perlulah digunakan.
Selepas semua buah sudah luruh, Baja NPK 12:12:17:2 perlu ditabur dengan kadar 3kg per pokok. Selepas 3 bulan baja yang sama dengan kadar yang sama perlulah ditabur untuk pusingan ke tiga dan pusingan keempat selepas tiga bulan berikutnya. Kemudian proses pusingan pertama hingga keempat diteruskan untuk tahun2 berikutnya.

Comments