Pembajaan Pokok Durian

Artikle di bawah dipetik daripada link berikut;

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm

Pokok durian yang masih muda seelok-eloknya dibaja 4-6 kali setahun dengan kuantiti baja yang sedikit pada setiap kali pembajaan dilakukan.  Bagi pokok matang pula, kadar baja ditambah dan kekerapan membaja 3-4 kali setahun.  Cara pembajaan yang paling mudah adalah dengan menabur baja di bawah kanopi pokok sehingga terkeluar sedikit dari hujung kanopi.  Teknik ini adalah sesuai untuk kawasan mendatar, di teres atau di tapak gajah.  Bagi kawasan yang curam, pembajaan secara poket adalah disyorkan dengan membubuh baja ke dalam lubang sedalam 10 cm yang digali di sekitar kawasan hujung kanopi pokok sebanyak 4 penjuru.  Lubang tersebut ditimbus kembali dengan tanah.

Tempoh masa yang paling sesuai membaja pokok durian yang telah matang ialah selepas musim buah sehingga satu bulan sebelum musim bunga.  Masa yang paling sesuai ialah pada awal atau akhir musim hujan agar baja yang diberikan dapat diserap oleh pokok dengan seberapa banyak.  Pembajaan pada musim kemarau perlu dielakkan kecuali sistem pengairan yang baik dapat diwujudkan. 

Pengapuran amat penting bagi mendapatkan pH yang optimum bagi tumbesaran pokok durian.  Pengapuran adalah disyorkan dengan menggunakan GML (Ground Magnesium Limestone) pada kadar 5 kg/pokok/tahun untuk pokok dewasa.  Kadar pembajaan bagi pokok durian adalah seperti berikut:-


Umur pokok (tahun) Baja Yang Disyorkan Kg/Pokok/
Tahun
Kekerapan Membaja Setahun
1 15:15:15
Baja organan
0.5
20.0
6
2 15:15:15
Baja organan
1.0
30.0
4
3 15:15:15
Baja organan
2.0
40.0
4
4 15:15:15
Baja organan
3.0
40.0
4
5 12:12:17:2
Baja organan
4.0
40.0
4
6 12:12:17:2
Baja organan
5.0
40.0
4
7 12:12:17:2
Baja organan
6.0
40.0
3
8-25 12:12:17:2
Baja organan
9.0
40.0
3

Comments

muhammad latiff said…
kenapa halaman in tidak pernah dikemaskinikan ? ianya amat berfaeadh bagi petani yng berminat untuk mencari maklumat dan pencerahan. terima kasih.
abdulz said…
Maaf tuan. Terlalu bz dengan projek kelulut dan kilang proses madu. Baru kini ada masa untuk membuat posting yg baru. Maaf lagi skali ya. Terima kasih atas sokongan tuan.

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut