Status Pokok , Baja & Racun

Sudah lama tidak berpeluang untuk mencoretkan sesuatu dalam blog saya ini. Pertukaran tempat kerja yang baru menyebabkan masa senggang terlalu kurang untuk membolehkan saya meluangkan masa menulis dalam ruangan ini. Dalam coretan yang lalu saya ada melaporkan mengenai serangan Bena Perang terhadap tanaman serai saya. di sini saya ingin memaparkan bukti mengenai serangan tersebut.

Daripada gambar di atas jelas kelihatan pokok yang terkena serangan menjadi kering dan layu. sekiranya tidak dibuat pencegahan segera, rumpun ini akan terus kering dan mati. Kalau tuan2 nak cari tanda serangan bena perang ini, bolehlah tuan2 cabut 2-3btg pokok serai dan belah batangnya. sekiranya terdapat tanda2 korekan pada batang, maka tuan2 akan nampak ulat/anak bena perang sedang bersembunyi ditengah2 batang2 tersebut. pokok2 lama kelamaan akan kering dan mati kerana ulat2 tersebut memakan bahagian tengah batang.

Setelah dinasihatkan oleh seorang kawan, saya menggunakan racun AGR Malathion. racun ini ada dijual di Kedai Peladang. cara penggunaan amat mudah dengan mencampurkan racun dengan air menggunakan sukatan yang betul. kacau sampai rata dan sembur di kesemua rumpun serai. seboleh-bolehnya semburan sampai ke Pangkal rumpun yang telah diserang oleh Bena Perang tersebut. Ulang semburan racun seminggu sekali sehingga kesan serangan semakin berkurangan dan hilang. sila buat pemantau rapi pokok serai bagi mengelakkan serangan berulang.
Bagi menjimatkan kos, semasa proses meracun, saya laksanakan 2 kerja dalam satu. iaitu meracun dan membaja dalam satu masa. Jimat Kos, Masa Dan Tenaga. Caranya ialah menggunakan baja organik. baja berasas organik ini tidak memudaratkan alam sekitar dan diri sendiri. ia juga senang digunakan. Saya akan tunjukkan kesan penggunaan baja dalam coretan saya yang lain.

Gambar yang ditunjukkan adalah keadaan pokok serai sebelum baja TunjangRia disemburkan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut