Anak Benih Tambahan
Hari ini aku dihubungi oleh En Rahman daripada Moja Ventures memaklumkan bahawa baki anak benih aku yg 7 guni akan dihantar pada petang ini. So terpaksa ler aku cabut sat masa rehat untuk ke tapak projek bagi memaklumkan kepada Pok Chu supaya standby. Nasib baik ler masa aku sampai kat Kg Jabur Pok Chu ade kat umah. so senang ler aku bagi tahu supaya tunggu lori sampai dalam kul 4.00pm ke atas. lepas informed Pok Chu aku balik semula kat opis.
Dalam kul 4.00pm lebih, driver lori call aku untuk bertanyakan lokasi kebun aku. rupanya orang lain yang hantar. terpaksa ler aku guide arah ke kebun. Pokok serai yang pertama kali aku tanam sudah berumur hampir 2 minggu. sudah mula mengeluarkan pucuk baru dan bertunas. tetapi terdapat juga poko yang mati sebab dikerjakan oleh kera, dipijak oleh lembu yang sesat masuk dalam kebun aku... terpaksa ler aku tanam balik poko2 yang tercabut dan rebah dipijak oleh lembu. dibawah ner gambo poko serai aku yg sudah berumur 2 minggu...
Selesai dengan proses penanaman ini, bermakna aku dah cukup seekar tanah yang ditanam dengan pokok serai. Berdasarkan perkembangan semasa, aku jangkakan sekitar 5%-10% anak benih aku yang akan musnah disebabkan oleh binatang dan cuaca panas. aku difahamkan antara guni2 anak benih yang dihantar terdapat beberapa guni mengandungi anak benih yang sudah kurang segar dan anak benih yang agak kecil. ini menyebabkan ianya kurang lasak sewaktu proses penanaman. at least aku belajar sewaktu sekiranya aku nak expand lagi projek aku ini.
Comments