Perangkap Kelulut oh perangkap

Perangkap Kelulut yang telah mengena

Up close n personal - Rezeki Allah SWT.

Perangkap yang masih belum mengena. Perangap xpernah lupakan mangsanya.


Perangkap yang telah dipasang sejak sekian lama, akhirnya membuahkan hasilnya. Ternyata memang benar ungkapan yang menyatakan Perangkap tidak pernah melupakan mangsanya. Tetapi bukan spesis yang dijadikan tumpuan. Perangkap ini baru sahaja dihuni selama 3 hari kerana semasa kunjungan hari sabtu yang lalu hanya kumpulan scout sahaja yg banyak berterbangan di kawasan sekitar.

Pada hari ini, sudah ada struktur corong masuk Terminata sp kelihatan di lubang masuk. Terminata pun ok juga. Boleh dijadikan koleksi untuk dijadikan pembelajaran kepada pengunjung yg hadir. Kami ada mempunyai beberapa spesis kelulut daripada 33 spesis yg dinyatakan oleh pihak Mardi.

Perangkap ini akan dibiarkan sekitar 1-2 bulan bagi memastikan calon Ratu aka princes mengikut kata Prof. Idrus menjalani ritual inflight sex/khawin dengan drone@pejantan. Kemudian para pekerja mula membina sel2 telur. Jangkaan antara 2-3 bulan adalah masa yg sesuai untuk memindahkan koloni ini ke dalam kotak haif.

Cara Membuat Perangkap Botol:-
1. Dapatkan botol air minuman 1.5L dan bersihkan.
2. Masukan cecair peraman propolis yg telah dicairkan dengan alkohol.
3. Jemur botol di tempat panas utk membolehkan alkohol tersejat 100% dan propolis menyaluti keseluruhan bahagian dalaman botol. Botol hendaklah kering dgn menuang semula lebihan cecair tadi.
4.  Tebuk lubang di permukaan penutup botol dan tutup kembali botol dengan penutup botol. sakutkan sedikit propolis ditepi permukaan lubang botol tadi.
5. Balut botol kecuali Penutup botol dengan kertas surat khabar dan kemudian dengan plastik sampah yang berwarna hitam. Lekatkan plastik tadi dengan pelekat salotape ( betui ke ejaan tu... cam salah je)..
6. Kemudian letakkan botol perangkap tadi di kawasan tumpuan kelulut iaitu di pokok2 rendang/teduhan yang mempunyai sumber nektar yg banyak berdekatan.
7. Selamat mencuba..

Boleh juga membuat lubang di tengah2 botol dengan meletakan paip pvc pendek sebagai saluran masuk. salutkan propolis kat muncung masuk paip pvc ini..



Ramunan Peraman Propolis..
Larutan ini boleh dinamakan sebagai carian pemikat kelulut supaya bersarang di dalam perangkap yang dibina. ia juga sebagai alat untuk menghilangkan bau botol minuman tadi.

Bahan2nya..
1. Propolis kelulut yang diambil daripada log yang dipotong. Sebolehnya ambil ke semua bahagian sarang. ini kerana struktur dalaman sarang kelulut dibuat dgn sumber yg berlainan.. propolis, batumen, cerumen etc.. koi pun xbrape mahir.
2. Larutan alkohol. kena carik kat farmasi. kena tanya kat ahli farmasi kos brg terkawal. cari 94 or 95%..
3. sedikit madu n polen.
4. botol kaca or plastik. xkisah saiz.

Cara membuatnya..
1. Masukan 100 gram propolis dan 300 gram alkohol dalam botol.
2. Masukan sedikit madu. Ikut suka. saya wat sikit je. nak bg bau je. xder pun xper..
3. Masukan sedikit polen. sikit je. dlm 5gram.. nak bg bau je.. xder pun xper..
4. Tutup penutup botol td dan goncang larutan td selama 10min sehingga semua material yg dimasukan td melarut. kalo xlarut semua pun xper.
5. Letakkan di dalam mana2 kawasan yg gelap. koi bubuh dalam almari je..
6. Peram selama min 7 hari. Pada setiap hari kena goncang secara kuat selama 5-10 min. Kena goncang ne nak pastikan semua material melarut je..

Selepas 7 hari, semua material akan melarut. kalo xlarut semua pun xper. doh boleh guna. larutan yg jadi sebelum digoncang, larutan agak kemerahan di bahagian atas dan bahagian bawah kerus serupa teh susu dan ade material yg xlarut or abuk2 log yg aokme potong td..  masa nak guna aokme kenalah goncang ya bagi larutan tadi sebati...



Selamat mencuba..

www.maduplus.com

Comments

Abdulz said…
boleh beli di mana2 farmasi.
Anonymous said…
kalau beli propolis yang dah diproses boleh ke guna seperti yg dh cair tu.?
Abdulz said…
kena gunapakai propolis mentah sahaja. Propolis yang telah diproses tu telah ditulenkan dan hanya element tertentu sahaja yang ada. Manakala propolis mentah masih mengandungi semua element semulajadi serta bau yang akan menarik swarming baru. Alkohol boleh didapati di farmasi manakala propolis ne tuan kena minta dengan org yang dah ternak kelulut. Biasanya semasa proses pemasangan kotak topping, penternak buang aje lebihan propolis ne..
naivikrin said…
boleh guna cara ni buat perangkap di hutan?
Unknown said…
tidak digalakan tuan sebab di hutan terlalu banyak risiko diserang bintang perosak spt beruang, monyet etc. kami cadangkan digunapakai di kawasan pesekitaran penternakan kelulut dijalankan sahaja.

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli