Madu Plus - Site Inderapura

Setelah almost setahun menunggu, akhirnya site baru kami di Inderapura, Kuantan secara rasminya memulakan kerja tanah pada hari ini 8 Jun 2015. Hari ini setelah almost 2 bulan menunggu, kerja2 membersihkan tanah dan penyediaan tapak telah dimulakan. Pihak jabatan telah sudi membantu melalui Unit Kejuruteraan Jentera Pertanian dengan menyumbangkan JCB. Kerja2 penyediaan jalan masuk ke Tapak, parit sempadan, tapak pejabat dan bengkel serta kolam tadahan air dijangkan siap dalam tempoh 2-3 minggu.

Hari ini kerja2 penyediaan tapak bengkel telah siap separuh. tapak perlu ditambun tanah untuk menaikkan level tanah supaya mengurangkan risiko ditenggelami air semasa musim tengkujuh. Semoga perancangan ini akan dipermudahkanNYA. Masih banyak kerja2 di tapak ini yang harus dilangsaikan sebelum log2 kelulut di bawa masuk bagi menghasilkan Madu Kelulut Akasia.

Tapak Pejabat dan Bengkel sedang dibersihkan

Jalan masuk sedang disediakan

Tuan Tanah kedaung. 


Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut