Followers

Tuesday, October 15, 2013

Perangkap Kelulut Liar

Perangkap Kelulut Liar yg Mudah dan Murah
Cuti hujung minggu aku habiskan di tapak projek dengan membina perangkap lebah kelulut menggunakan batang buluh yang banyak di kebun. Ilmu ini aku dapati daripada pemerhatian dibuat menerusi Youtube mengenai teknologi lebah kelulut yang dijalankan oleh perserta di luar negeri terutamanya di Amerika Selatan. Kat sana mereka menggunakan botol2 air minuman 1.5l yang dibalut dengan kertas suratkabar dan plastik berwarna hitam kerana lumrah lebah kelulut mereka tak suka kepada cahaya dalam pemiliha sarang. So kalau tuan2 mahu pelajari teknologi mereka bolehlah gunakan Tag "Native Bees" or "Jatai". taip these tow words kat youtube and klick serach.

Perangkap Lebah Kelulut dan Lebah Madu : Yang mana akan mengena dahulu?

Perangkap Lebah Kelulut yang siap terpasang
Walaupun mudah dan murah menggunakan buluh tetapi ianya masih memerlukan nasib yang baik dan limpahan rezekiNYA untuk mengena. Bilakah jangkaan Lebah Kelulut akan membuat sarang di dalam perangkap ini hanya ALLAH SWT yang mengetahui. So kita tunggu sahaja.

Saya membuat kira-kira 20 buah perangkap ini yang diletakkan secara rawak di seluruh kebuh Durian terutamanya di sekiling tiang pagar kebun kerana amat mudah dipasang disitu disamping terdapat teduhan yang baik dan suhu yang rendah.

1 comment:

Mohd Zulhisam said...

Salam bos..macam mana perkembangan cara menarik lebah kelulut tersebut.adakah berkesan?jika berkesan berapa lama nk ambil..mohon pencerahan..terima kasih kerana berkongsi ilmu