Ramadhan Datang Lagi

  1. Selamat menyambut Ramdhan kepada semua pembaca. Moga Ramadhan yang hadir pada kali ini membawa seribu rahmat kepada semua warga Malaysia. Bulan yang penuh berkah ini agar dapat dipenuhi dengan ibadat dan kerja2 yang membawa manfaat kepada semua.
  2. Rakan kongsi projek serai aku ada menelefon dalam dua hari lepas memaklumkan beliau dapat berjumpa dan towkeh Moja Ventures semasa pulang melawat kubur orang tuanya di Kuala Terengganu. Melaluinya kami dapat menghubungi En Rahman, orang kuat Moja yang mana kami pernah berurusan jualbeli serai sebelum urusan seterusnya dibatalkan kerana kegagalan pihak pembeli membuat pembayaran.
  3. Dua2 towkey Moja ini sudah membuat business yang lain dan menurut kata mereka, projek tidak menjadi disebabkan kontrak pembekal tersebut telah diserahkan kepada sebuah syarikat di India disebabkan harga yang lebih kompetatif berbanding Malaysia.
  4. Aku kurang termakan dengan alasan yang diberikan kerana pada aku, sebelum kita buat kerja seharusnya bahagian pemasaran diperkemaskan terlebih dahulu. Sepatutnya mereka terlebih dahulu menbuat kontrak dengan pembeli sebelum menawarkan kontark kepada kami untuk menanam serai dengan janji untuk membeli hasil tanaman tersebut.
  5. Nasib baik, aku hanya melibatkan 1 ekar sahaja. Aku tak boleh nak bayangkan bagaimana situasi yang dihadapi oleh rakan aku yang menanam serai dengan 8 ekar di Cherating di atas tanah yang di sewa. Sekarang ne, pokok2 serai ditinggalkan begitu sahaja kerana tak berani nak tuai sebab takut dengan tuan tanah.
  6. Walaubagaimanapun, kami dijanjikan akan diberikan pembayaran di atas urusniaga yang pertama. Yalah, bila kita sudah berhutang dengan orang, walaupun seposen, akan dituntut di akhirat kelak. Kalo buat salah dengan Tuhan, as long as kita bertaubat nasuha, Insya-Allah akan ampunkan dosa tersebut. Tapi kalo berhutang dengan orang, pergi haji 10 kali pun tak boleh nak tebus kalau orang yang kita hutang tersebut tidak halalkan. Betul tak?
  7. Bagaimana agaknya dengan rakan aku yang berhutang dengan aku dekat berpuluh ribu tur yer?

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli