Followers

Sunday, May 9, 2010

Happy Mothers Days

To All mothers, happy mothers day. Hujung minggu yang lalu, saya berpeluang untuk menyambutnya dengan adik beradik yang lain dirumah emak di Kota Tinggi Johor. Cuti Hari Hol di Pahang membolehkan saya sekeluarga pulang ke rumah emak di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor. Hari Ahad, rumah emak dipenuhi dengan jeritan anak sedara yang sedang meningkat umurnya. Sungguh riuh sekali tetapi terasa tetap aman dengan keriuhan tersebut.

Selama 3 hari dirumah emak bermakna selama 3 hari juga saya tidak ber'online'. Terasa hendak melapangkan fikiran sepuas-puasnya dirumah emak. Malas nak fikirkan mende lain. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, mata aku tak lepas2 melihat kiri dan kanan jalan yang sedang rancak dibina rumah burung. Bermula selepas bandar Pekan hinggalah ke sempadan Endau-Rompin. Sempat juga aku snap beberapa keping gambar untuk dikongsikan bersama. Nantilah bila ada kesempatan gambar tersebut akan diupload kemudian.

Semasa dalam perjalanan juga kami singgah di Gerai Lembaga Nanas di Sungai Miang. Kebanyakkan tuan ampunya gerai adalah Orang Kita yang tinggal berdekatan. Nenas yang dijual adalah hasil daripada projek tanaman nenas yang dikendalikan oleh Lembaga Nenas di Kampung berdekatan. Gerai ini juga menjual jeruk buahan yang diperolehi daripada Perak dan Johor. Konsep inilah yang harusnya diperkasakan dengan proses jenama dan struktur bangunan yang mesra pengguna. Gerai yang menggunakan kanopi yang bersifat sementara ini haruslah ditukar atau dinaik taraf dengan bangunan yang kekal.

Susunan dalaman juga haruslah diperkemaskan supaya produk dapat diiklankan dengan maksimum. Aspek lain yang harus diberikan penekanan ialah ruang parking kenderaan yang mencukupi dan selamat. Ini melindungi para pengguna supaya dalam membeli belah dengan keadaan yang selamat. Layanan yang diberikan oleh tuan kedai kepada kami amatlah baik sekali.

No comments: