Penanaman Anak Benih



Akhir penantianku untuk anak benih serai sudah berakhir. sepatutnya anak benih sampai pada hari Ahad 10hb Aug tetapi disebabkan masalah teknikal, lori yang menghantar anak benih sampai pada hari isnin 11hb Aug. Lewat sehari. Nasib baik ler Pok Chu ader standby kat kebun hari tur... kalau tidak, tak sampai ler gamaknye benih tur... aku dimaklumkan tak 100% benih akan dihantar... hanya 13200 btg serai dihantar pada kali ini yang dimasukan dalam 11 buah guni gula. setiap guni mengandungi 1200 btg. masih ada baki 7 guni yang belum sampai.

Sebelum menanam, aku sudah siapkan penanda untuk baris. setiap baris mempunyai jarak 4 kaki dan jarak antara anak benih pula 3kaki. Proses penanaman pula agak mudah. hanya memerlukan untuk membuat lubang menggunakan tugal. Tugal ner aku buat sendiri menggunakan batang cangkul yang ditajamkan pada hujungnya. berdasarkan pengalaman aku menanam pokok serai ini buat kali pertama, aku plan nak design tugal ner dan buat TM sendirik...
Penanaman kali ini aku menggunakan khidmat 3 orang pekerja yang dibayar secara lump sum. kos penanaman untuk seekar sekitar RM300 ke RM400. Memandangkan cuaca agak hujan pada setiap hari, proses penanaman memakan masa 3 hari. cuaca hujan baik untuk anak benih yang baru ditanam kerana tidak memerlukan siraman dan ini akan mengurangkan kos. tetapi ia akan melambatkan proses penanaman. Alhamdulliah, sepanjang aku mula menanam pokok serai ini, boleh dikatakan pada setiap hari hujan turun. rezeki tuhan nak bagi.
Pada hari ini Sabtu, aku turun ke kebun untuk membayar upah pekerja. sempat jugak aku cek progres anak serai aku. Alhamdullilah, sudah ader anak benih yang mula mengeluarkan tunas dan pucuk baru. walaubagaimanapun, terdapat juga anak2 benih yang telah dirosakkan oleh binatang. mana2 anak benih yang sudah dicabut oleh kera/monyet/beruk, aku tanam semula. tetapi terdapat jugak anak benih yang musnah sama sekali. spt dalam gambo ayg aku snap ne... siap kunyah lagi anak benih tur... alahai...

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli