Posts

Selamat Tahun Baru : 2012

Sekarang sudah masuk minggu ke-2 dalam tahun 2012. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada Pelayar sekalian. to be continued... Bersambung semula setelah tergendala disebabkan urusan keluarga. Mengimbau kembali tahun 2011, banyak cabaran yang ditempuhi dan banyak juga kejayaan dan kegagalan yang dirasainya dalam mencapai tujuan memajukan diri dalam bidang pertanian ini secara part-time. semua sudah maklum Pertanian adalah perniagaan dan semestinya perniagaan yang berjaya memerlukan tumpuan masa pengusahanya secara total 100%. Bagi aku, untuk mencapai kebebasan kewangan, pelbagai sumber pendapatan yang halal haruslah diterokai dan dikaji. Sekiranya bersesuaian dengan diri sendiri daripada segi masa dan sumber, bolehlah memberanikan diri untuk dilaksanakan. Pada tahun 2011 target untuk memiliki kolam + ikan kelisa telah diperkenankan oleh Allah SWT walaupun sehingga kini masih belum menghasilkan apa2 lagi. Insya-Allah moga permudahkan pada

Kolam 22 : Tuaian Pertama

Image
Pada cuti krismas yg lalu, aku dan keluarga telah turun ke Bukit Merah untuk menyaksikan proses tuaian kolam aku yg pertama. Jadual tuaian pada sebelah pagi kena tangguhkan ke sebelah petang kerana cuaca yg x menentu.   Berlepas dari Hotel SSL Taiping tepat jam 4pm dan sampai ke lokasi jam 5pm. Asbah n Staff dah tunggu di kolam berserta beberapa kenalannya untuk menyaksikan proses tuaian. Setibanya aku jaring sudah siap ditebar dalam kolam menanti tuan punya ikan untuk menyaksikan proses bukaan mulut induk bagi memeriksa anak2 ikan sekiranya ada. Proses tuaian dimulakan dengan staf MOFA memeriksa mulut ikan Arowana aku satu persatu. seperti jangkaan Asbah, ikan pada 6 bulan pertama dimasukan dalam kolam, jarang memberikan hasil. dan itulah yang terjadi apabila ke semua 20 ikan arowana aku diperiksa. tiada hasil. kena tunggu 2 bulan lagi...

Projek Arowana : my First Visit

Image
Pada 12hb yang lepas, aku berperluang untuk melawat kolam ikan aku kerana ditugaskan bermesyuarat di Ipoh. Lepas meeting abis aku cabut ke Bukit Merah. Sesampai di sana En Towkeh dah tunggu kedatangan aku. So aku sempat snap gambar ikan yang sudah ada di dalam kolam apabila En Towkeh menawarkan diri untuk menarik pukat bagi menunjukkan bukti ikan ada dalam kolam.                                                 Ikan Arowana                                                En Towkeh n pekerjanya. So 2 minggu lagi baki ikan akan dimasukan. Dalam masa 2 bulan daripada tarikh ikan dimasukan, tuaian kali pertama akan dibuat untuk melihat sama ada sudah ada induk ikan yang bertelur. So kena tunggu lagi 3 bulan lagi la... Insya-Allah akan diupdate sekiranya ada sebarang perkembangan nanti.

Projek Arowana

Image
MOFA- Lokasi Kolam Alhamdullilah, Hasrat dan Doa untuk memulakan projek arowana aku sendiri telah dipermudahkan oleh ALLAH. Semoga perjalanan projek aku ini mendapat berkat dah keredhanNYA. Akhir aku n Partner telah menandatanggani perjanjian perkongsian menternak Ikan Arowana Malaysian Gold dengan syarikat MOFA. Surat perjanjian yang telah dimatikan Stem telah diterima semalam. Ini bermakna aku sudah menjadi tuan ampunya ikan di Kolam No 9. Partner aku pergi melawat site untuk kali kedua bagi menyerahkan dokumen perjanjian kepada EN Azroul MOFA. Selama kami berurusan, ternyata tiada masalah yang timbul. So di sini saya kongsikan gambar lokasi kolam MOFA di Bukit Merah. Ikan aku yg sedang berenang riang.. Pada sebelah malam, my Partner ngan towkey kolam pergi menyuluh ikan kami di Kolam No 9. So dia sempat snap gambo ikan. Currently hanya ada 11 ekor ikan dalam kolam. Baki 9 ekor ikan akan dimasukkan setelah semua pembayaran kami lunaskan. Hopefully induk ikan matang berumur 3 tahu

Projek Arowana

Aku dalam proses penilaian untuk memulakan Projek Arowana. Sistem pawah yang disediakan oleh pengusaha kolam ikan arowana di Bukit Merah. Pencarian pertama dimulakan dengan melayari internet bagi mendapatkan maklumat seberapa banyak yang boleh. Hasil pencarian telah menemukan aku dengan laman2 ini. 1-   www.arowanamofa.com 2-   www.incredibleforce.com.my 3-   www.arowana2u.com 4-   www.arowana-aqua.com 5-   www.blcarowana.com.my 6-   www.arowana.com.my 7-   www.arowanaworld.com Antara jenis arowana yang ditawarkan adalah highback, super highback dan malaysia gold 24K. Arowana Malaysia Goled 24K adalah jenis yang paling mahal. Harga induk matang antara RM13-15K seekor. Manakala Highback antara RM6-7K dan Super Highback antara RM7-9K bergantung kepada syarikat yang anda berurusan. Pada 23hb Julai, aku berpeluang untuk berjumpa dan berbincang dengan towkey MOFA yang dalam perjalanan ke Terengganu. Kami berbincang berhubung cadangan aku untuk menyewa satu kolam dan jenis ikan ya

Tips penjagaan udang galah

Source : Utusan Malaysia UDANG galah atau nama saintifiknya macrobrachium rosenbergii, berada dalam keluarga palaemonidae bersifat omnivora, cenderung aktif pada waktu malam. Ia hidup di air tawar dan air payau seperti di sungai, paya, saliran, tasik dan perairan lain yang biasanya mempunyai hubungan air dengan laut.Udang galah boleh diternak secara sejenis atau monokultur mahu pun polikultur dengan ikan atau secara ternakan bersepadu bersama itik, lembu dan haiwan lain. Pengurusan ternakannya mudah dan jarang diserang penyakit serta jangka masa ternakan yang agak singkat. Bagaimanapun kini, taburannya agak terbatas di kawasan perairan yang tidak tercemar dan di kolam-kolam ternakan.Udang galah sesuai diternak kerana mempunyai permintaan yang baik di samping harga pasarannya yang agak tinggi. Penyediaan kolam Di Malaysia saiz biasa kolam udang adalah antara 0.25 ekar hingga 1.5 ekar dengan kedalaman sekitar satu hingga dua meter (m). Kolam yang terlalu cetek menyebabk

Usahawan Cendawan

Pergh!! Tak sesia aku letak banner affiliate UsahawanCendawan.com kat lam blog aku... walaupun sekian lama sebagai penyeri, tapi bulan ini ianya telah memberikan hasil yang pertama. Terima kasih kepada pengunjung blogku yang telah membeli pakej usahawa cendawan. H anya RM40.00 sahaja dan anda sudah boleh memperolehi ilmu untuk memulakan bisness cendawan. This is to inform you that xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx has transferred RM12 to your Maybank account for Komisyen UsahawanCendawan.Com on 05/13/11 13:45:57 via Maybank2u.com. Please check your account balance. This is a system generated email. Please do not reply to it.