Posts

Update @ 15 October : Projek Lebah Kelulut

Image
Ini gambar terkini perkembangan Lebah Kelulut saya setelah 2-3 hari diletakkan Kotak Madu. Pada keadaan sekarang kotak madu hendaklah diperiksa selalu bagi melihat perkembangan pembinaan sarung2 madu dan pollen yang baru dalam Kotak Madu. ianya hendaklah dipantau dengan rapi kerana terdapat kemungkinan Lebah Kelulut menutup lubang yang dibuat sekiranya kotak madu tidak ditutup dengan baik kerana terdapat banyak cahaya yang masuk daripada celahan penutup kotak. Pada peringkat ini, Lebah Kelulut tidak suka kepada pendedahan cahaya yang banyak. So kena pastikan penutup kotak madu ditutup kemas dengan salotape. Sarang Lebah Kelulut dalam Kotak Madu

Perangkap Kelulut Liar

Image
Perangkap Kelulut Liar yg Mudah dan Murah Cuti hujung minggu aku habiskan di tapak projek dengan membina perangkap lebah kelulut menggunakan batang buluh yang banyak di kebun. Ilmu ini aku dapati daripada pemerhatian dibuat menerusi Youtube mengenai teknologi lebah kelulut yang dijalankan oleh perserta di luar negeri terutamanya di Amerika Selatan. Kat sana mereka menggunakan botol2 air minuman 1.5l yang dibalut dengan kertas suratkabar dan plastik berwarna hitam kerana lumrah lebah kelulut mereka tak suka kepada cahaya dalam pemiliha sarang. So kalau tuan2 mahu pelajari teknologi mereka bolehlah gunakan Tag "Native Bees" or "Jatai". taip these tow words kat youtube and klick serach. Perangkap Lebah Kelulut dan Lebah Madu : Yang mana akan mengena dahulu? Perangkap Lebah Kelulut yang siap terpasang Walaupun mudah dan murah menggunakan buluh tetapi ianya masih memerlukan nasib yang baik dan limpahan rezekiNYA untuk mengena. Bilakah jangkaan Lebah Kelulu...

Expansion project II : Tambahan 10 Koloni Kelulut & 5 Haif Lebah Madu Melliferra

Image
Projek Lebah Kelulut kami telah maju dua tapak ke hadapan. Tapak pertama ialah dengan penambahan 10 koloni kelulut baru yang ditempah daripada Kelantan. manakala tapak yang kedua ialah dengan penerimaan 5 haif lebah madu melliferra yang ditempah khas daripada Perlis. Haif Lebah Madu dan Kelulut Buat sementara ini untuk projek lebah madu kami bermula dengan 5 haif sahaja untuk ujian. Masalah pertama yang timbul adalah tabuan yang sering kali menyerang lebah untuk dimakan. Terpaksa la kami bermain badminton pada setiap hari dengan tabuan ini dan secara purata antara 2o ekor tabuan dibunuh. Kami dalam proses mengesan sarang tabuan ini untuk dimusnahkan.  Platform sementara + penambahan air gula utk meningkatkan koloni Koloni lebah madu masih dalam proses meningkatkan kekuatan koloni dengan diberikan makanan tambahan berupa air gula dan pollen yang diberikan mengikut sukatan yang disyorkan oleh tenaga pengajar kami di Pusat Apiari Nasional Parit Botak....

Pemindahan Koloni Trigona

Image
Koloni Kelulut Liar Pada minggu lepas aku n partner telah berpeluang untuk menjalankan aktiviti pemindahan koloni liar yang bersarang dalam tong air yang. So since aku sendiri tiada pengalaman untuk memindahkannya dan juga tiada guru yang hendak mengajarkan bagaimana proses yang terbaik, maka aku gunakan proses DIY yang dirasakan boleh dilaksanakan. Kotak yang dipindahkan koloni kelulut Tong air dibuat pemotongan di bahagian atas dengan menggunakan gergaji. Memula gunakan gergaji besi untuk buat potongan yang cermat tetapi apabila masa yang digunakan terlampau banyak. Maka aku bulldose jer gunakan gergaji kayu. Asalkan boleh buka tong ini. Rupa Sarang Kelulut jenis Thorasica Sarang kelulut jenis ini sangat keras kerana menggunakan sejenis getah kayu untuk membuat sarang dan jalan masuh yang lama ke lamaan ianya menjadi keras seperti batu. Padan ler gergaji besi aku patah seribu. Sarang untuk menempatkan telur kelulut Langkah pertama adalah memindahkan saran...

Lebah Kelulut : Update 23 Sep 2013

Image
Ini adalah update terkini projek kelulut aku yang dimulakan semasa bulan Ramadhan yang lepas. Buat masa kini semua koloni kelulut sudah dipasang kotak Madu yang ditempah Khas. Kepada sesiapa yang berminat untuk membelinya bolehlah PM di no HP saya. Berdasarkan pemerhatian pada setiap hari, ke semua koloni kelulut telah membuat sarang madu dalam kotak madu yang dipasang. Kami akan pastikan semua kelulut serasi dengan kotak madu ini terlebih dahulu dan koloni kelulut makin sihat dengan penambahan bilangan lebah kelulut baru yang dihasilkan. Tuaian akan dibuat selepas bilangan madu dan pollen bertambah. Pemerhatian akan dibuat pada setiap hari bagi memastikan kelulut tidak menutup lubang kotak madu dan juga memastikan serangan anai2 dan semut dapat dikurangkan seminimum mungkin. Ini kerana kelulut akan menutup lubang yang dibuat sekiranya terdapat serangan semut atau anai2.. Serangan semut ini juga telah mengakibatkan satu sarang kelulut kami telah hilang di ma...

Kursus Asas Perlebahan Komersil : Lawatan ke Pengusaha Lebah di Melaka

Image
Para peserta di bawah melawat seorang pengusaha lebah yang berjaya di Bukit Katil Melaka. Perjalanan mengambil masa kira2 sejam daripada Ayer Hitam. Setibanya kami di Melaka, kami telah dijamu dengan Nasi Biryani Batu Pahat. Aku x ter Tawkey tengah demo Pengusaha ini mempunyai 2 lokasi lebahnya diletakkannya iaitu di Kota Tinggi dan Pekan, Pahang. Puratanya ia telah berjaya mengeluarkan 1-2tan lebah sebulan. Beliau juga mengeluarkan Royal Jelly dan membekalkan koloni lebah kepada mereka yang berminat untuk memulakan busines lebah ini. Kalau tidak silap kos Hive + 5 frame lebah berharga RM1,500.00 manakala koloni lebah super berharga RM2,500.00. Ratu lebah juga beliau bekalkan kepada mereka yang berminat.

Kursus Asas Perlebahan Komersil : Pemindahan Koloni Apis Cerana

Image
Pada kursus ini kami telah diberikan cara bagaimana untuk memerangkap lebah liar menggunakan perangkap lebah dan kemudiaannya memindahkannya dalam hive yang disediakan. Lebah yang telah membuat sarang dalam perangkap ini dibiarkan dalam sebulan dua sehingga lebah telah membuat kom. Gambar Gelodok : Perangkap Lebah Liar daripada batang sagu Hive kosong disediakan dengan frame yang secukupnya mengikut bilang sarang yang dibuat oleh lebah. Koloni Lebah disediakan utk dipindahkan Sarang sedia untuk dipindahkan Perangkap lebah liar yang telah dibuka dan bersedia untuk dipindahkan ke frame dan seterusnya masuk ke hive. Susunan frame hendaklah mengikut sususan sarang lebah yang asal. Frame yang telah siap dipindahkan dalam hive Setelah semua kom dimasukan dalam frame spt pic di atas, ianya dimasukan dalam hive mengikut urutan yang sebenar dalam sarang asal. Bagi menguatkan koloni untuk membina kom2 yang baru, boleh dimasukan campuran pollen+gula untuk mem...