Posts

Projet Walet

Pada 6hb Dec, bertempat di Taman Tasik Titiwangsa aku dan team berjumpa untuk membincangkan secara serius kemungkinan untuk melaksanakan projek ini. Daripada 5 rakan kongsi, hanya 3 sahaja yang dapat menghadirkan diri. Mesyuarat tetap diteruskan dengan 2 rakan yang tidak hadir memberikan consent untuk kami membuat sebarang keputusan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan langkah2 untuk melaksanakan projek ini terutama langkah awal untuk menubuhkan syarikat dan pengumpulan modal awalan. Kami telah sepakat untuk melaksanakan projek ini disebabkan potensinya yang sangat besar. Sebelum tindakan lanjut diambil, kami telah membuat keputusan untuk menubuhkan AJK yang terdiri daripada kami berlima. AJK ini akan berfungsi untuk melaksanakan tugas2 yang akan difikirkan kemudian bagi melaksanakan projek ini. Keputusan telah dibuat untuk mengumpulkan modal segera untuk membolehkan syarikat dibuka dengan akaun bank. Setiap ahli dikehendaki mengeluarkan modal dalam RM200 seorang. Saya akan menulis...

Industri Walet

Dipetik daripada Akhbar Kosmo. MASALAH pelesenan premis burung walit yang dibina di kawasan bandar dilihat mampu menggugat perkembangan industri tersebut. Kekangan itu dibuat berikutan burung walit didakwa menggugat populasi penduduk di sekitarnya, terutama dari aspek risiko penyakit yang dikaitkan dengan haiwan tersebut. Masalah pengurusan dan pemantauan juga dikatakan menyentuh sensitiviti penduduk terlibat. Justeru, ia menimbulkan dilema di kalangan pedagang sarang burung walit. Masalah itu amat ketara di Sarawak, lokasi di mana premis burung dilarang dibina di kawasan bandar. Sedangkan pada masa yang sama, negeri itu mempunyai lebih 1,500 premis burung 'haram' yang perlu ditangani secara bijak oleh pihak berkuasa. Persoalannya, sejauh manakah benarnya andaian itu dan apakah jalan penyelesaian terbaik supaya hasrat kerajaan untuk memperkasa industri burung walit tidak berkubur di tengah jalan? Isu pelesenan Apakah ia relevan untuk dilihat dalam konteks kenegerian? Atau isu i...

Walet Oh Walet

Pada 14hb Nov yang lalu saya telah mengikuti Kursus Penternakan Burung Walet yang dianjurkan oleh Syarikat Global Excellent Marketing SB di Hotel Putra KL. Tujuan saya mengikuti kursus ini adalah untuk mengetahui serba sedikit bidang penternakan burung walet ini yang sekarang ini didominasikan oleh non-bumiputera. Kursus ini diadakan hanya sehari sahaja bermula jam 9.00am dan ditamatkan pada jam 5.00pm. Sepanjang menjalani kursus ini, para peserta didedahkan dengan ilmu2 berguna mengenai industri burung walet ini. Pada mulanya kami diberikan overview berkenaan industri burung walet di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya. Burung Walet yang bermutu tinggi hanya terdapat di sekitar Malaysia, Indonesia dan Selatan Thai. Inilah yang menyebabkan negera pengeluar utama dunia sarang burung walet ialah Indonesia, Thailand dan Malaysia. Industri ini telah bermula sekitar ratusan tahun dahulu dan berkembang secara itensive di Indonesia. Walaupun kebanyakan burung walet berpopulasi di Mala...

Bulan Syawal Menjelma

Bulan Syawal menjelma lagi. Hari sudah masuk hari yang ke-15 Syawal. Kepada para pembaca yang sudah melunaskan Puasa Enam, tahniah diucapkan. Kepada yang belum mula, haruslah segera memulakannya. Kepada yang sudah mula tetapi masih tercari-cari hari yang lapang/free dengan jamuan hari keluarga, happy searching. Jangan sampai tercari-cari walaupun syawal sudah sampai ke penghujungnya. Azam saya untuk melaksanakan 2 hari puasa dalam minggu ini. rasanya esok kena mula puasa untuk hari yang ke-3. Manakala dalam minggu depan untuk cuba selesaikan baki 2 hari lagi. Inilah cabaran yang dihadapi oleh kita selepas bulan ramadhan. Cabaran untuk melaksanakan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Cabarannya amat berat kerana orang yang macam saya, terasa sibuk menghadiri undangan open house kengkawan, jiran dan para pelanggan saya. Sepanjang bulan puasa dan bulan syawal ini jugalah saya sudah lama tidak menjenguk kebun serai saya. Entah apa yang sudah jadi gamaknya. Kira mujurlah pokok2 serai ...

Selamat Menyambut Ramadhan

Ramadhan datang lagi pada thaun ini. Hari ini merupakan hari yang ke-15 kita berpuasa. Sudah separuh ramadhan meninggalkan kita. Kepada para pembaca blog saya, saya ucapkan selamat menyambut Ramdhan dan Syawal yang bakal menjelma. Semoga ibadah yang kit jalani ini akan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Sepanjang bulan puasa ini, saya tidak berkesempatan untuk melawat Kebun Serai. Rasanya sudah semakin panjang rumput yang tumbuh melata, trutamanya di kawasan yang sudah di tuai. Saya sedang mencari masa yang bersesuaian untuk menghabiskan baki tanaman serai. Disamping itu juga mencari pemborong serai yang bersedia mengambil semua kuantiti serai yang bakal dituai. So, kalau para pembaca mempunyai kenalan para pemborong bolehlah berkongsi dengan saya supaya dapat saya habiskan baki serai tersebut. Jangkaan saya dalam 2-3 tan lagi bakal dapat dituai.

Serai Oh Serai!!

Rancangan Perniagaan untuk Tanaman Serai ini pada mulanya amat mudah tetapi apabila sudah mula menceburi dan ribuan ringgit dan keringat yang dicurahkan, ternyata terlalu memeritkan. Untuk makluman pembaca blog saya, daripada rancangan asal untuk menanam 6 ekar dengan tanaman serai berdasarkan perjanjian yang ditandatanggani hanya 1 ekar sahaja yang berjaya ditanam. Daripada pada 1 ekar yang berjaya ditanya, hanya separuh yang dapat dituai. Di kebun saya, masih ada setengah ekar serai yang belum dituai. Tak tahu lah nak buat macam mana. Saya sudah membuat perancangan untuk menaman Limau Nipis pulak. Antara punca kegagalan yang teramat nyata sekali adalah kegagalan syarikat Moja untuk menguruskan projek dengan berkesan terutamanya untuk memberikan khidmat nasihat yang teramat diperlukan dari permulaan projek sehinggalah kepada aspek pemasaran. Kepada peserta yang masih mentah untuk menceburi bidang pertanian ini atau greenhorn khidmat nasihat teknikal amatlah penting. Dalam segi ini, te...

Menuai

Image
Pada minggu lepas, proses menunai kali kedua telah dijalankan. sekali lagi, tenaga kerja memainkan faktor kegagalan untuk mendapatkan target 2 tan yang dikehendaki. Hanya ada 4 orang sahaja dalam pusingan ini. hasilnya spt yg dijangka. Gambar kawasan serai yang telah dituai. Selepas dicabut rumpun serai tersebut, daun2nya dipotong dalam dengan panjang 18 inci daripada pangkal. ia juga bertujuan untuk memudahkan proses menggangkat untuk tujuan pembersihan. Kerja-kerja membersihkan batang2 serai telah dijalankan seperti yang dikehendaki oleh syarikat. batang2 serai dibersihkan daripada kekotoran, daun2 kering dan akar. selepas itu, ianya diikat dgn berat 10kg setiap ikatan. batang2 serai yg telah siap dibersihkan batang2 serai yang telah siap diikat dlm 10kg ikatan.