Bulan Syawal Menjelma

Bulan Syawal menjelma lagi. Hari sudah masuk hari yang ke-15 Syawal. Kepada para pembaca yang sudah melunaskan Puasa Enam, tahniah diucapkan. Kepada yang belum mula, haruslah segera memulakannya. Kepada yang sudah mula tetapi masih tercari-cari hari yang lapang/free dengan jamuan hari keluarga, happy searching. Jangan sampai tercari-cari walaupun syawal sudah sampai ke penghujungnya.

Azam saya untuk melaksanakan 2 hari puasa dalam minggu ini. rasanya esok kena mula puasa untuk hari yang ke-3. Manakala dalam minggu depan untuk cuba selesaikan baki 2 hari lagi. Inilah cabaran yang dihadapi oleh kita selepas bulan ramadhan. Cabaran untuk melaksanakan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Cabarannya amat berat kerana orang yang macam saya, terasa sibuk menghadiri undangan open house kengkawan, jiran dan para pelanggan saya.

Sepanjang bulan puasa dan bulan syawal ini jugalah saya sudah lama tidak menjenguk kebun serai saya. Entah apa yang sudah jadi gamaknya. Kira mujurlah pokok2 serai saya sudah matang dan kurang risiko haiwan perosak. proses untuk mencari pembeli pokok2 serai saya masih diteruskan. saya masih belum membuat sebarang komitmen lagi kerana masih mencari waktu yang sesuai untuk memulakan proses tuaian. Sekarang ini saya tengah membuat penyelidikan mencari tanaman atau projek yang bersesuaian untuk menggantikan projek tanaman serai saya. antara calon tanaman yang dalam radar tinjauan adalan Pokok Limau Nipis. Sekiranya para pembaca saya mempunyai maklumat di mana saya boleh mendapatkan anak Pokok Limau Nipis yang tiada biji dengan harga yang berpatutan, harap dapat maklumkan kepada saya. Setakat ini, saya sudah berjumpa dengan pembekal yang boleh membekalkan anak2 pokok tersebut dengan harga RM8 sepokok. Katanya anak benih ini datang terus daripada Thailand.

Saya juga sedang membuat penyelidikan mengenai projek burung Walit. Sekiranya para pembaca mempunyai maklumat mengenai projek ini harap dapat kongsikan bersama dengan saya. Kawasan kebun saya ini juga berpotensi untuk didirikan projek Burung Walit kerana terdapat beberapa RBW yang sudah beroperasi berdekatan dengan kebun saya ini. Tapi bila tengok Initial Investment yang perlu dikeluarkan, rasa cam dah patah semangat jer nak teruskan. Tapi walaubagaimanapun, kerja2 penyelidikan kesesuaian akan tetap diteruskan. Sama ada projek akan diteruskan atau tersadai dalam peti besi adalah bergantung kepada poket...

Untuk perkongsian dengan para pembaca saya, saya sedang mengusahakan projek MLM baru. Website saya baru aje siap dan dilancarkan. Untuk mengetehui lebih lanjut anda boleh melayari http://www.mystevico.net/ . Website ini saya bangunkan untuk membantu rangkaian saya berkembang dengan menggunakan teknologi internet. Dengan modal permulaan yang rendah, anda berpeluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan Rm500 - RM4K sehari sekiranya rangkaian anda berkembang. Selamat mencuba.

">Link

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut