Serai Oh Serai!!

Rancangan Perniagaan untuk Tanaman Serai ini pada mulanya amat mudah tetapi apabila sudah mula menceburi dan ribuan ringgit dan keringat yang dicurahkan, ternyata terlalu memeritkan. Untuk makluman pembaca blog saya, daripada rancangan asal untuk menanam 6 ekar dengan tanaman serai berdasarkan perjanjian yang ditandatanggani hanya 1 ekar sahaja yang berjaya ditanam. Daripada pada 1 ekar yang berjaya ditanya, hanya separuh yang dapat dituai. Di kebun saya, masih ada setengah ekar serai yang belum dituai. Tak tahu lah nak buat macam mana. Saya sudah membuat perancangan untuk menaman Limau Nipis pulak.

Antara punca kegagalan yang teramat nyata sekali adalah kegagalan syarikat Moja untuk menguruskan projek dengan berkesan terutamanya untuk memberikan khidmat nasihat yang teramat diperlukan dari permulaan projek sehinggalah kepada aspek pemasaran. Kepada peserta yang masih mentah untuk menceburi bidang pertanian ini atau greenhorn khidmat nasihat teknikal amatlah penting. Dalam segi ini, ternyata Moja Ventures gagal. Moja juga gagal menunaikan janji untuk membeli serai2 yang sudah matang dengan cekap. Cekap bermaksud serai diambil dengan kadar segera daripada ladang dan pembayaran dibuat dengan segera. Sehingga kini wang pembayaran masih gagal diterima walaupun 1 tan serai sudah dituai dan diambil. Berapa banyak wang sudah keluar untuk membayar upah pekerja.

Satu lagi aspek yang gagal ialah persediaan penuaian yang lemah. Kami tidak dimaklumkan untuk memulakan tuaian memerlukan tenaga kerja yang cukup ramai bagi memastikan tanaman dapat dituai dalam jangkamasa yang singkat. ini menyebabkan masa yang lama digunakan untuk menuai serai dan serai2 yang sudah terlalu lama akan menyebabkan kering dan timbangan menjadi ringan. Bayangkanlah untuk membuat tuaian 1 tan tersebut kami mengambil masa selama seminggu disebabkan perancangan yang tidak teratur. Untuk makluman para pembaca blog, seeloknya masa tuaian disamakan dengan masa cuti sekolah atau cuti umum yang panjang. Dengan ini anda akan mudah mendapatkan tenaga kerja yang ramai dan murah. Upah bebudak sekolah RM10 sehari untuk membersihkan batang2 serai yang sudah dituai. Proses membersihkan batang2 serai daripada kekotoran dan daun kering inilah yang mengambil masa yang panjang dan memenatkan. Bayangkan seperdu serai yang matang mempunyai berat antara 5-10kilo mengandungi 50-100 batang serai. Jenuh nak membersihkannya. kalau kita ada 3600 perdu. Pulak tu dalam seperdu serai tu ada bermacam-macam jenis serangga dan daun2 kering.

So para pembaca sekalian, masih bersemangat untuk menanam serai? Nasihat saya teruskan usaha anda dan gunakan pengalaman saya ini sebagai panduan untuk kejayaan anda. Jangan putus asa dan teruskan usaha penambahbaikan. Sebolehnya kena cari syarikat kontark yang cukup pengelaman dan kukuh kewangannya. Untuk saya, cukuplah pengalaman ini setakat ini kerana masa senggang saya yang tidak mencukupi. Tanah 2 ekar saya di Sungai Lembing masih terbiar lagi setelah proses pembersihan pokok dibuat pada bulan mac yang lalu. Rasanya dah naik lalang baru gamaknya. Nak kena upah orang untuk membakar kayu2 reput dan tanam pokok buah-buahan sahaja. at least boleh makan buah durian dalam masa 2-3 tahun akan datang.

Langkah saya seterusnya untuk menggantikan serai ini ialah spt yang saya maklumkan dalam awal penulisan ini, saya akan bertukar kepada tanaman limau nipis. Sekarang ini saya tengah mendapatkan info mengenai panduan penanaman pokok limau nipis spt cara penanaman, penjagaan, pembajaan, penuaian hasil dan yang penting sekali proses pemilihan biji benih. Kawan Abang Ipar saya sudah memulakan projek ini di Sg Lembing dengan keluasan tanah 8 ekar. So, kalau ada para pembaca blog saya yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dengan tanaman serai, boleh bertukar/berkongsi ilmu dengan saya di abdulz@streamyx.com. Khidmat nasihat tuan amatlah dihargai.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut