Khasiat Madu Kelulut
Anugerah Alam Semulajadi/ Gift from Nature Beetoq Madu Kelulut ialah anugerah alam semula jadi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan serta antipengoksida semula jadi. Fakta Am Madu Kelulut:- Madu Kelulut mengandungi kandungan lembapan sehingga 35% dan ianya tinggi berbanding madu lebah iaitu 25%. Madu kelulut mempunyai nilai pH 3.15-6.64. Ini menyebabkan madu kelulut bersifat asid dan mampu menyekang pembiakan bakteria dan kulat. Madu Kelulut mempunyai kandungan Hydroxymethylfurfural (HMF) yang rendah pada madu mentah. Madu Kelulut mempunyai kandungan penurunan gula (reducing sugar) Fruktose dan Glukose antara 60-75%. Manakala Sukrose dan Maltose dalam peratusan yang sangat rendah. Madu Kelulut mengandungi sehingga 14 mineral tetapi kandungan mineral yang paling banyak dikesan adalah Kalium, Natrium, Calsium & Magnesium. Madu Kelulut mengandungi Fenolik Asid t