Posts

Showing posts from April, 2018

Keperluan Pengawalan Kandungan Kelembapan dalam Madu Kelulut

Image
Kandungan Kelembapan Kandungan Kelembapan yang ada dalam madu kelulut adalah sangat tinggi dan bergantung kepada musim/cuaca persekitaran. Secara puratanya antara 28%-35%. Ada para penternak merekodkan kandungan kelembapan mencatatkan sekitar 40% pada musim hujan atau tengkujuh. Kandungan Kelembapan yang tinggi telah dikenalpasti sebagai punca permasalahan ini berlaku:- Frementasi madu berlaku yang akan menyebabkan madu membuak apabila penutup botol dibuka. Botol madu pecah disebabkan tekanan gas yang tinggi. Madu kelulut menjadi terlalu masam Warna Madu menjadi semakin gelap Mendakan pada permukaan madu terhasil Masalah inilah akan menjadikan madu penternak sukar untuk dijual dan disimpan dengan lama. Oleh yang demikian, pada penulisan kali ini saya akan memberikan keadah yang digunapakai untuk mengurangkan kadar kelembapan dalam Madu. Kaedah asas pengawalan  kelembapan(air) didalam madu : Menggunakan sistem double Boiler di bawah suhu 30 Degree Celcius (Codex inte...

Proses Tuaian Madu

Image
Madu asli mentah yang dituai daripada Pot Madu memerlukan proses pengurusan yang betul bagi memastikan madu yang dijual adalah bersih dan mempunyai khasiat yang tinggi. Pada posting hari ini, saya ingin bercerita mengenai proses pengurusan madu. Sebelum proses tuaian, para pekerja dikehendaki memakai pakaian tuaian yang lengkap dengan glove dan penutup mulut. Peralatan tuai juga perlu dicuci bersih sebelum tuaian dan selepas tuaian dilaksanakan. Peralatan Tuaian adalah seperti berikut:- Pakaian yg bersih Sarung Tangan dan penutup mulut Pum Penyedut Tong Madu  Alat Penapis Log yang hendak dituai perlulah direkodkan serta jangkamasa tuaian sebelum ini. Kami cadangkan jarak antara tuaian adalah minimum 4 minggu bagi membolehkan kelulut membaiki struktur sarang yang rosak disebabkan tuaian sebelum ini serta bagi memastikan madu matang dalam pot. Apakah risikonya sekiranya kekerapan tuaian di kurangkan? pada pendapat saya, koloni akan stress kerana melakukan kerja lebih m...