Lawatan Pakar Lebah Pusat Apiari Nasional, Parit Botak

Kami amat berbangga kerana kesudian pakar2 lebah dari Pusat Apiari Nasional Parit Botak Batu Pahat meluangkan masa mereka utk datang melawat dan memberikan khidmat nasihat ke ladang ternakan kelulut aku. En Zakbah, En Isnin dan En Rosli telah hadir untuk melihat ladang kelulut semalam 24/9 tepat jam 5.15pm setelah selesai mengadakan kursus lebah kepad jabatan hutan pahang.

aku tidak dapat menyertai lawatan ini kerana berada di Alor Star Kedah. Hanya partner aku sahaja yang ada untuk mengiringi sesi ini. Antara komen yang diberikan adalah :-
1- Ladang aku perlu menyediakan sumber air untuk lebah minum. Air yang ada dalam kerek di bawah bukit perlu di pam dan disalurkan ke atas bukit dan ditempatkan dalam tong yg terbuka utk lebah minun.
2- terdapat koloni diletakkan ditempat yg agak panas dan perlukan tempat teduhan.
3- Saluran masuk kelulut tidak 90° degree dan arah matahari naik dan turun.
4- kena percepatkan menanam pokok2 bunga dan teduhan spt pokok bunga pengantin, pokok belimbing etc..

Tetapi beliau berikan penghargaan kepada ladang kami kerana menggunakan layered box yang akan memudahkan proses splitting nanti..

Mr Zakbah & my partner

En Zakbah, En Senin & En Rosli



Aktiviti terakhir.. Panjat Pokok Langsat

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut