Membantu Rakan - Koloni En Mat
Kotak kedua pula dinasihatkan untuk dibuat pembelahan batang kayu kerana pintu masuk cik lut berada dekat dengan bahagian atas kayu. Ini menyebabkan pemotongan bahagian atas tidak boleh dilaksanakan kerana kedudukan broadcell akan berada jauh di bawah dan pemotongan akan memusnahkan laluan masuk tersebut. Kotak Sarang dibuat menggunakan design yang dicadangkan oleh pihak Mardi. Setelah kayu dibelah, broadcell dimasukan dalam kotak kayu bersama dengan Ratu Kelulut. Walaupun pencarian dalam batang kayu gagal menemukan ratu, kami amat yakin ratu berada dalam lapisan broadcell yang telah dipindahkan ke dalam kotak kayu. Ini kerana cik lut yang lain sudah mula mengerumuni kotak kelulut menerusi saluran masuk dan bukan lagi batang kayu.
Kedua-dua kotak ini diletakkan dalam posisi sementara sehinggalah diletakkan dillokasi baru pada malam nanti. Ini adalah untuk memberikan peluang kepada semua Cik Lut yang belum pulang ke sarang untuk boleh mengenalpasti sarang yang baru.
Comments