Pokok Anggur @ FAT5

Cuti Raya Cina yg lepas aku pulang ke kampung di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor. Rasanya telah agak lama tak pulang ke rumah Mak selepas balik kampung pada tahun lepas. Semasa pulang ke rumah mak dulu, aku dah Abah ada menanam anak pokok anggur yang di bawa oleh Kak Uda. So kat sini aku share gambar pokok anggur yg aku tanam dulu. Umur ada dalam 3-4 bulan lepas. Aku ada suruh abah buat para untuk memudahkan anak pokok anggur menjalar dengan baik. Tapi abah buat ala kadar ajer pulak. Aku rasa Para yg abah buat ini tak dapat nak bertahan lama. kena salin dengan kayu yang lebih besar dan kukuh.





Sekarang ne kena biarkan dulu pokok anggur ini membesar dengan sihat dan kuat sebelum proses membaja bunga dan menoggelkan pokok dilaksanakan. Proses memangkas tunas adalah dieprlukan bagi membolehkan pokok mengeluarkan bunga dan berbuah nanti. So kalau ada para pembaca yg sudi berkongsi pengalaman mengenai penanaman pokok anggur, aku minta berikan komen dalam blog ini.
Antara persoalaan yg aku nak tanya :-
1) Jenis baja daun dan bunga yg sesuai.
2) Jenis racun perosak yg sesuai.
3) Bilakan pokok sesuai ditabur dengan baja bunga dan ditoggelkan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut