Kolam 22 : Tuaian Pertama

Pada cuti krismas yg lalu, aku dan keluarga telah turun ke Bukit Merah untuk menyaksikan proses tuaian kolam aku yg pertama. Jadual tuaian pada sebelah pagi kena tangguhkan ke sebelah petang kerana cuaca yg x menentu.



 
Berlepas dari Hotel SSL Taiping tepat jam 4pm dan sampai ke lokasi jam 5pm. Asbah n Staff dah tunggu di kolam berserta beberapa kenalannya untuk menyaksikan proses tuaian. Setibanya aku jaring sudah siap ditebar dalam kolam menanti tuan punya ikan untuk menyaksikan proses bukaan mulut induk bagi memeriksa anak2 ikan sekiranya ada.

Proses tuaian dimulakan dengan staf MOFA memeriksa mulut ikan Arowana aku satu persatu. seperti jangkaan Asbah, ikan pada 6 bulan pertama dimasukan dalam kolam, jarang memberikan hasil. dan itulah yang terjadi apabila ke semua 20 ikan arowana aku diperiksa. tiada hasil. kena tunggu 2 bulan lagi...

Comments

Anonymous said…
salam...agak menghampakan x dapat hasil..kena sabar. saya dari melaka. nak tahu you dapat berapa harga sekor.saya dapat 12888 agak mahal juga...semalam saya dapat beli dengan harga 6500 saje pada kampeni lain dan umur ikan 3 - 4 tahun
Abdulz said…
6 bulan pertama memang dijangkaan hasilnya begitu... ikan yg malaysian golden berharga RM13k sekor bagi ikan matang berumur 3 tahun.

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli