Penyediaan Tanah
Sebelum memulakan proses penanaman anak benih, penyediaan tanah harus dilakukan terlebih dahulu. Proses penyediaan tapak projek boleh dilaksanakan seperti berikut; 1- Tanah haruslah dibersihkan terlebih dahulu. Sekiranya tapak projek dipenuhi dengan belukar, ianya hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Proses pembersihan boleh dilakukan dengan menggunakan JCB yang disewa. Kos penyewaan JCB untuk tempoh sehari adalah dalam lingkungan RM300. Jangkamasa penyewaan adalah bergantung kepada keluasan tanah, kesukaran struktur lokasi tanah sama ada landai, berbukit atau berpaya serta kepadatan belukar. 2-Semburan Racun Rumpai Selepas tanah dibersihkan, adalah disarankan tanah tersebut disembur dengan racun rumpai bagi proses pengawalan rumpai di kemudian hari. ianya diperlukan bagi mengurangkan kos pengawalan rumpai setelah projek dilaksanakan. Sekiranya tanah hanya dipenuhi dengan lalang atau belukar kecil, disarankan agar tanah dibersihkan dengan menggunakan racun rumpai sahaja dan tidak pe...