Kenalilah Madu Kelulut Asli

Pengenalan madu kelulut

Posting kali ini saya ingin memberikan sedikit ilmu yang boleh dikongsikan kepada para pembaca mengenai madu kelulut. Secara amnya madu boleh dikenali melalui 4 ciri-ciri penting iaitu :-
  1. Warna Madu
  2. Rasa Madu
  3. Bau Madu
  4. Kelikatan Madu

Warna Madu
Warna madu lebah kelulut tidak seragam. Ianya ada yang berwarna jernih dan sehingga gelap pekat. Warna-warna madu ini bergantung kepada tahap kematangan madu yang dituai. Semakin matang madu, semakin gelaplah warnanya. Ia juga bergantung kepada jenis kelulut yang diternak dan sumber makanan yang dominan di kawasan penternakan.

Warna-warna Madu (Kelablebahkelulut.com)


Rasa Madu

Rasa madu lebah kelulut adalah manis dan masam. Adakala terasa agak pahit. Berdasarkan Sijil Kemahairan Malaysia mengenai penternakan kelulut, terdapat 4 rasa madu kelulut iaitu Manis Manis, Manis Masam, Masam Manis dan Masam Masam. Rasa manis madu adalah daripada sumber gula ringkas yang dihasilkan oleh Lebah Kelulut dari Nektar yang dihisap (glukose, sukrose dan fruktose). Rasa masam adalah daripada kandungan asid asitek yang terhasil daripada penapaian gula oleh Yis dengan kehadiran kandunngan lembapan dalam madu. Manakala rasa pahit sedikit berkemungkinan datang daripada sumber propolis.

Bau Madu

Secara umumnya madu berbau harum manis. Adakalanya ia berbau seperti bau bunga/pokok yang menjadi dominan di kawasan penternakan. Sebagai contoh sekiranya haif diletakkan dalam kawasan kebun durian dan pada waktu tersebut pokok durian sedang berbunga, madu lebah kelulut yang dituai akan berbau bunga durian. Begitu juga sekiranya ia diternak di dalam kawasan pokok gelam atau akasia.

Kelikatan Madu

Seringkali kita bandingkan kelikatan cairan madu lebah madu dan lebah kelulut. Sebenarnya secara purata, madu lebah kelulut dan lebah madu yang baru dituai adalah cair berbanding dengan madu yang di dalam pasaraya/madu import. Ini kerana madu lebah mentah mengandungi kandungan lembapan(moisture) yang tinggi. Madu lebah mengandungi sehinggan 25% manakala madu kelulut mengandungi sehingga 35%. Untuk dipasarkan, biasanya madu mentah ini akan diproses menyahlembapan untuk mengurangkan kandungan air bagi mengelakan madu tertapai yang akan menghasilkan gas dan menyebabkan madu teruap atau botol pecah.<20 1985="" akan="" akta="" bagi="" bentuk="" dalam="" daripada="" dipasarkan="" diperingkat="" disebabkan="" food="" industri="" infancy="" ini="" kecilan="" kelulut="" lebah="" madu="" maka="" makanan.="" masih="" mengikut="" mentah.="" p="" para="" penternak="" regulation="" standard="" terdiri="" tetapi="" yang="">


Buih Madu

Madu Lebah Kelulut dan madu lebah tualang yang dikeluarkan oleh penternak kecilan, seringkali kelihatan berbuih. Ini adalah disebabkan madu masih mengalami proses penapaian yeast yang akan menghasilkan gas karbon dioksida. Apabila anda membeli madu ini, dinasihatkan untuk membuka tudung/penutup botol dan menutupkannya dengan kain sahaja serta diikat. Letakkannya di dalam freezer untuk mendormatkan aktiviti penapaian yis. Ataupun buatkan lubang kecil di penutup botol untuk membolehkan gas yang terhasil dibebaskan dan mengelakkan botol madu pecah. Madu masih boleh dimakan. walaubagaimanapun, kehadiran buih tidak boleh dijadikan kayu pengukur keaslian madu kerana masa kini sudah terdapat formula untuk menghasilkan buih madu.

Untuk membeli madu kelulut kami, bolehlah klik

Comments

Salah satu sebab madu kelulut menjadi sangat popular adalah kerana rasanya yang masam manis itu sesuatu yang unik berbanding madu biasa seperti spesis Apis. Kanak-kanak rata-rata sukar untuk mengamalkan madu tetapi dengan madu kelulut ini sangat berbeza dan saya yakin rasanya yang unik itulah menyebabkan ramai yang suka.

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu