Taman Agroteknologi Mardi Cherating - Bermula Fasa seterusnya

Akhirnya kelulusan yg kami tunggu2 hadir jua. Panggilan telefon daripada En Samsudin Pengawai Promosi Teknologi Mardi Cherating minggu lepas telah menyelesaikan teka-teki kami selama ini. Honey Plus Resources telah dibenarkan memasuki tapak di Mardi Cherating. Walaupun dengan kelulusan lisan, kami telah merangka untuk memindahkan 10 koloni sedia ada di tapak Beserah ke sini.

Hari Ahad kami telah memulakan kerja2 awal dengan menanam kayu platform untuk menempatkan koloni kelulut. lokasi asal yang kami pilih agak panas kerana pokok2 belimbing telah dibuat pruning secara ekstrem oleh pihak pengurusan. Akhirnya kami telah dicadangkan untuk meletakkan koloni di kawasan pokok kelapa madu. Yahoo!!.. Pucuk dicita, ulam mendatang.

Kerja2 penanaman kayu platform dijalankan dengan mudah kerana tanah berpasir pantai. agak mudah utk menggali lubang dan menanamnya. kami akan menempatkan kira2 50 koloni di kawasan ini sebagai ujian kesesuaian. kalau tuaian madu memberangsangkan dan pengembangan koloni baik, bilangan akan ditambah secara berperingkat..






Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli