Mardi Cherating - Agro Tourism

Hari ini aku berpeluang untuk melawat Mardi Cherating untuk membuat penilaian awal bagi kesesuaian Honey Plus Resources melebarkan sayap di kawasan ini. Aku dan rakan kongsi telah bertolak ke Cherating pada jam 9.45am. Kami singgah di Balok untuk mengambil En Samsudin pegawai TP Mardi yang merupakan pegawai penyelia projek. Kami sampai dilokasi tepat jam 11am dan telah dibawa melawat ke kawasan lokasi projek tanaman belimbing.

Menurut En Samsudin, tapak ini telah menjadi lokasi menempatkan 5 orang peserta UAM dalam menjalankan projek penternakan lebah kelulut yang pada permulaannya menempatkan sekitar 130 koloni kelulut. Tetapi lawatan aku kali ini mendapati hanya 1 koloni kelulut yang masih bertahan. ermm nampaknya sudah berkubur projek ini. Aku telah dimaklumkan disebabkan penyeliaan yang kurang oleh peserta telah menyebabkab bilangan koloni semakin berkurangan.

Ia  juga memaklumkan bahawa serangan semut, babi dan kera menjadi penyumbang utama ditambahkan pula keadaan pokok belimbing yg kurang rendang telah menyebabkan suhu panas. Ini merupakan faktor kegagalan oleh para peserta yg harus kami hindari sebelum memulakan projek di tapak ini.

En Samsudin juga membawa kami melawat keseluruhan kawasan Mardi Cherating dan juga perancangan pihak jabatan untuk tahun ini dan akan datang.






Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli