Lawatan Ke Felda Cini : Bertemu Sahabat SeKursus

Pada 5/7 juga selepas lawatan ke hutan akasia, kami meneruskan perjalanan ke Felda Chini untuk bertemu dengan sahabat kami En Taib. Beliau adalah peserta kursus Lebah Kelulut bersama dengan kami di Mardi tempohari. Tujuan lawatan adalah untuk membeli sarang kelulut yang ingin dijual oleh beliau. Aku hanya menjadi penasihat kepada En Mat berhubung penjualan ini sahaja. En Mat ingin memulakan penternakan kelulut ini dan berhajat untuk membeli 2 sarang. Kami tiba dalam pukul satu dan telah dibawa melawat ke kawasan sekitar rumah beliau di mana semua sarang kelulut diletakkan. Pada kiraan aku, beliau mempunyai sarang sekitar 20 buah dan berhajat untuk menjual 2 sarang itama kerana kekurangan tempat.

Walaupun mempunyai bilangan sarang yang sedikit tetapi beliau mempunyai koleksi kelulut yang paling banyak dan eksotik. Kebanyakkan spesis beliau adalah dari jenis Thorasica dan spesis kelulut yang besar2 sahaja.

Madu PLus : En Taib & En Mat

Madu Plus : Spesis?

Madu Plus : Antara Spesis yg paling besar saiz kelulutnya..

Madu Plus : Spesis?
Walaubagaimanapun kami pulang dengan tangan kosong kerana sarang yang ingin dijual oleh beliau tidak ditutup saluran masuk. rasanya tak sampai hati ingin membawa pergi sarang sedangkan hampir separuh koloni masih di luar mencari makanan. So kata sepakat diperolehi, kami akan datang lagi pada hari Selasa dan En Taib dikehendaki menutup saluran masuk pada sebelah malamnya.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli