Followers

Wednesday, February 26, 2014

Kursus Asas Ternakan Lebah Kelulut MARDI

Org Kuat Mardi - Hj Hamdan
Pada 25-26/2 bertempat di MARDI Serdang, telah diadakan kursus asas ternakan lebah kelulut yang telah disertai seramai 30 daripada 31 peserta yang telah mendaftar. Beberapa nama yang mendaftarkan diri mereka dalam blog aku juga telah menyertai kursus ini seperti Hj Romali dari  Kelantan, Pn Ratena, En Shafri dan lain-lain. Terima kasih kerana menyertai kursus ini. Semoga ilmu yang diperolehi daripada kursus ini dapat diaplikasikan semasa menjalankan projek kelulut ini pada masa hadapan. Sekiranya memerlukan sokongan bolehlah berhubung dengan aku atau rakan perserta yang lain.
Penerangan Kenali Kelulut Liar di Lapangan
Pada pagi 25hb, kami telah didedahkan teori ternakan lebah kelulut terutama jenis2 yang ada di Malaysia serta jenis yang boleh di komersilkan. kami juga telah didedahkan banyak perkara mengenai habitat kelulut, lokasi pencarian madu/pollen, heraki koloni kelulut yang tidak banyak berbeza dengan Lebah Madu.

Demonstrasi Koloni Kelulut
Pada sebelah petang, kami telah dibawa ke lapangan untuk mengenalpasti lebah kelulut liar yang menyukai pokok akasia kerana membekalkan sumber nektar yang berterusan dan struktur kayu yang lembut. Ini akan memudahkan kelulut untuk membuat sarang dengan mengorek kayu yang telah reput dan lembut.
Demonstrasi Membina Kotak Kelulut
Pada hari kedua kami didedahkan dengan prosidur membuat kotak kelulut menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh pihak Mardi. Kemudian kami di bawa ke lapangan sekali lagi untuk belajar/menyaksikan demonstrasi membuat 'Topping" dan memindahkan kelulut liar daripada batang kayu ke kotak kelulut yang dibina.
Pintu Masuk Trigona Thorasica

Pintu Masuk Kelulut Trigona Thorasica

Telur Kelulut Up Close & Personal : Drone & workers - Cuba teka yang mana?

Madu dalam Batch Kali ini... hehehhehe dah hilang focus aku ne..

No comments: